KOS BINA RUMAH SENDIRI SEMAKIN MAHAL : Ini Penjelasan Dari Kontraktor Tersohor, Mahligai Idaman


Wan Syazwan merupakan Ketua Pegawai Operasi di Mahligai Idaman, sebuah syarikat kontraktor yang tersohor dan semakin berkembang di pantai timur iaitu di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ikuti perkongsian beliau berkenaan harga rumah yang semakin meningkat hari demi hari :

Apabila saya membalas komen-komen di FB Mahligai Idaman, ada sebilangan orang mempertikaikan harga bina rumah yang dikenakan kami.

Ada yang mengatakan cekik darah dan lebih baik cari kontraktor lain yang boleh berikan hingga RM 90 sekaki persegi sahaja.

Saya tidak tahu untuk beritahu secara sopan bagaimana. Ada beberapa perkiraan yang menjadikan komen mereka sedemikian.

Pertama, kebanyakan orang lebih suka membuat perbandingan sekadar melalui penglihatan dan khabar dengar sahaja. Apabila ada saudara mara mereka dan rakan rakan membina rumah dengan harga murah, dengan mudah mereka melabelkan kami caj mahal dan cekik darah.

Seharusnya, komen yang lebih tepat adalah apakah spesifikasi yang digunakan untuk membolehkan caj yang dikenakan sedemikian rupa. Orang lebih gemar lihat pada harga dahulu, benda lain diketepikan.

Kebanyakan dari orang yang komen mungkin lupa, hakikatnya kontraktor yang mengenakan caj yang terlalu murah kebanyakannya berakhir dengan projek tidak siap dan kalau siap sekalipun, ada peperangan yang berlaku ditengah tengahnya dengan tuan rumah. Ini sebenarnya biasa tetapi tidak dihebahkan.

Buktinya? Saya baru sahaja dapat sebuah projek banglo tinggal oleh sebuah kontraktor yang agak terkenal juga dengan harga murah. Banglo klien ini tidak dibina walaupun pinjaman perumahan sudah lulus sejak 2012 dan akhirnya klien terpaksa potong gaji penuh selepas 2 tahun dengan keadaan tapak kosong tiada rumah.

kon

Pada mulanya, saya ingin tolak sahaja projek itu tetapi memikirkan klien merayu dan sanggup membayar harga semasa Mahligai Idaman, saya terima.

Kemudian, orang yang melabelkan cekik darah sedangkan mereka sendiri tidak pernah semak bahawa harga semasa Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) kerajaan di Kelantan ini sudah mencapai RM 140 sekaki persegi. Bagaimana caj kami dikatakan mahal sedangkan kami meletakkan harga di bawah harga nilaian jabatan kerajaan sendiri.

Ramai orang ingin lihat jenama Mahligai Idaman naik setanding dengan developer besar seperti SP Setia, Eco World, IJM dan sebagainya iaitu kebanyakannya developer bukan bumiputera. Tetapi tidakkah mereka lupa, tiada satupun World Class Developer ini mempunyai rumah yang harga sekaki persegi RM 90! huhu….

Apabila orang menolak dan memaksa kami meletakkan harga yang terlalu murah, orang akan mengatakan bantulah bangsa Melayu untuk mendapatkan kediaman mampu milik.

Mari saya beritahu cerita sebenar, kebanyakan kontraktor Melayu yang cuba bantu bangsanya dengan membina rumah dengan harga RM90 sekaki lingkup di tengah jalan kerana tidak padan dengan kos serta masa yang diambil untuk menyiapkan rumah tersebut. Akhirnya, kontraktor Melayu yang lingkup ini tidak dibela pun oleh orang ramai, tetapi dicaci dan dimalukan kerana tidak dapat menyiapkan rumah.

Blast kepada nombor telefon serendah RM0.08 per SMS

Itu sebab saya tidak berani meletakkan harga sedemikian. Kemungkinan besar risiko akan dicaci hamun kemudian hari akan tinggi. Ketika itu, tiada apa yang dapat menyelamatkan nama Mahligai Idaman melainkan kata hina dari klien yang tidak berpuas hati.

Dan ramai yang komen ini lupa, di Mahligai Idaman kami bukan menggaji seorang dua pekerja. Kami menggaji berbelas-belas orang yang mempunyai kelulusan ijazah dan diploma.

Untuk mengekalkan talent tenaga muda ini, skim penggajian yang menarik perlu diberikan disamping manfaat manfaat lain.

Sudah tentu setiap tahun, talent talent ini juga mahu kenaikan gaji. Jika kami letakkan RM 90 sekaki persegi, bagaimana kami ingin membayar talent ini supaya kekal dengan kami?

kon1

Disamping pekerja, overhead lainnya adalah sewa pejabat, jentera dan kereta syarikat, minyak, bil telefon dan lain-lain.

Rumah bukan seperti barang komiditi dan barang runcit yang boleh dihasilkan dan ditransaksi begitu mudah. Rumah melibatkan perbincangan awal hinggalah rumah siap yang memungkinkan urusan dengan klien memakan masa sehingga 2 tahun ke 2 tahun lebih. Jadi, kos overhead selama tempoh itu yang sering tidak difikirkan oleh orang yang komen hendak semurah murahnya.

Dan janganlah bandingkan Mahligai Idaman dengan kontraktor yang mungkin tidak memerlukan overhead besar dan jumlah projek yang tidak banyak dalam setahun. Game kami tidak serupa.

If you want to become big in construction industry, you cannot forever build cheap houses. Percayalah cakap saya!

Hal ini diakui oleh  Encik Mohd Firdaus Mat Saad yang merupakan usahawan dan Master Coordinator di Shaklee Malaysia. Beliau berpengalaman membina rumah sendiri dengan kos RM100/kaki. Berikut ialah perkongsian beliau :

Sy buat rumah sendiri. 

Kos RM100 per square feet.  

Sy guna barang yg agak bagus.

Rumah sy 5000 sq ft.

Ini x masuk kos ID lagi.

Kalau lah org minta sy buat rumah ni pasa harga RM130 sq ft pun sy tak sanggup.

Sy buat 8 bulan.

Kalau 8 bulan RM150 000 untung. Itu belum tolak nak kene bayar gaji pekerja lain spt akauntan, designer, runner dan lain2 lagi.

Bagi sy kalau harga bawah RM90 sekaki tu. Ada harapan barang sgt x berkualiti atau kontraktor akan ‘curi’ sana sini.

Trust me. Kontraktor boleh tipu mcm2 kalau harga dah murah.

Bukan salah dia sgt actually.

Cuma dia nak bagi bajet lepas so that rumah leh siap. Itupun kalau siap.

Skdr pandangan.

Komen dari Juru ukur bahan Hasanulfadlie Ariffin :

Sebagai seorang juruukur bahan….saya sah kan kenyataan Wan Syazwan adalah benar dan tepat…..

kon2

Serta komen dari Pegawai Penilai QLASSIC dari CIBD Malaysia dan Pengurus CONQUAS dari BCA Academy, Singapore ,  Myj Al Klateness :

Bagi ambo melihat kepada harga merupakan satu persaingan…yang mana ada yg offer under market price….semata2 utk mendapatkan customer….bg customer pulak hendak harga murah2 je….bg saya selaku Pegawai Penilai QLASSIC dr CIBD Malaysia dan PengurusCONQUAS dr BCA Academy, Singapore….

Saya melihat kepada quality…quality dr segi material dan quality dr segi workmanship….sebagai seorg pengguna perlulah bijak memilih kontraktor2 utk membina rumah…kl boleh tgk ler / buat study sikit pasal kontraktor2 dan jenis material yg digunakan…kerana material yg akan membezakan harga….ibarat kancil dgn BMW….still kereta jgk…tp kualiti x sama…

Untuk pengetahuan semua..MYJ sendiri pernah memberi talk…dan melawat sendiri tapak project mahligai idaman….walaupun rumah yg dibina dikelate rm500k kebawah..apa yg MYJ lihat…plastered brick fencing wall pun guna pasir halus…mengalahkan rumah yg MYJ check berhadapan Wisma DRD Hicom bernilai Rm7 juta…nasihat MYJ kpd owner rumah….

Selidik dulu latar belakang contractor…..jgn menyesal dikemudian hari….rumah terbengkalai dan rugi ribuan ringgit..tuan2 kena pikir…duration utk pembinaan lebih kurang 2 tahun….mcm2 kenaikan boleh berlaku dlm 2 tahun…jadi…fikir2kan..jgn pikir utk jimat sikit..tp hakikat menaggung rugi di masa hadapan…..contoh terbaik…adik ipar buat rumah kt kg…harga murah….tgk2 pad footing pun pakai BRC sahaja! Sbg seorg engineer kita x pernah design utk pad footing guna BRC…totaly wrong!!!…

Komen kami,

Dengan maklumat ini, pembaca boleh nilaikan dan memilih kontraktor yang terbaik untuk membina rumah pada masa akan datang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat