5 Tempat Yang Menarik Untuk Dilawati Oleh Para Backpackers


Backpackers atau erti kata lain mengembara dengan hanya membawa beg galas adalah antara aktiviti yang semakin mendapat sambutan khususnya golongan belia.

Mengembara cara ini adalah lebih santai dan sesuai buat mereka yang menginginkan kesederhanaan semasa bercuti di luar negara.

Mungkin anda semua nak tahu destinasi mana yang sesuai buat ‘backpackers’? Ini 5 destinasi mengembara terbaik yang boleh anda kunjungi

1. Indonesia

Indonesia merupakan satu pilihan yang baik dan sering menjadi tumpuan para pelancong dalam mahupun luar negara.

Di Indonesia terdapat pelbagai daerah dengan keunikan atnik masing-masing serta seni bina yang mempunya sejarah tersendiri.

2. Thailand

Thailand adalah antara lokasi popular dikalangan backpackers. Apa yang menariknya kos perbelanjaan di negara tersebut masih dalam kategori murah selain keunikan alam semula jadinya.

Bagi yang menyukai aktiviti lasak, Thailand boleh menjadi salah satu destinasi pilihan anda kerana di sini ada menyediakan aktiviti seperti, ATV, menunggang kuda, menyelam, hiking dan banyak lagi.

Anda tidak akan berasa terasing jika mengembara ke negara ni sebagai seorang backpackers. Malah anda boleh cuba mengalami sendiri kehidupan harian dan budaya.

3. Singapura

Negara yang terletak berhampiran dengan Malaysia ini merupakan destinasi yang amat sesuai bagi backpackers baharu.

Jika dirancang dengan baik, kos perbelanjaan tidak menjadi masalah untuk anda bercuti di negara itu.

Bagi yang menggemari dunia animasi, mungkin anda boleh merancang untuk ke Universal Studio yang terletak berhampiran dengan Pulau Sentosa.

Selain itu, anda boleh membiasakan diri travel sebagai seorang backpackers dalam jarak yang dekat sebelum mengembara ke negara-negara yang lain.

4. Turki

Perbatasan antara Asia dan Eropah membuatkan Turki mempunyai budaya yang unik.

Gabungan budaya timur dan barat ini boleh dilihat dari segi makanan dan juga bentuk bangunan yang ada di sana.

Jika mahu rasa pengalaman dua dalam satu, Turki adalah pilihan paling sesuai untuk dikunjungi.

Pemandangan di Turki juga cantik terutama bangunan-bangunan di bandar. Anda seolah-olah berada di bandar Paris.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh ke Cappadocia untuk merasai sendiri pengalaman menaiki belon udara panas yang sungguh cantik.

5. India

Ada yang mengatakan India memiliki dua sisi berbeza antara baik dan buruk.

Delhi mungkin dianggap sebagai tempat paling kotor, tetapi Kashmir pula dikategorikan sebagai tempat yang paling Indah di dunia.

India juga merupakan tempat yang paling disukai “backpackers” kerana tempatnya yang unik dan bersejarah.

Malah, kos hidup mereka juga rendah dan ia secara tidak langsung mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Itulah keunikkan beberapa negara ini. Bagi anda yang suka mengembara atau “backpackers” anda haruslah bijak merancang dan memilih destinasi sebelum melakukan sebarang pengembaraan.

Anda akan menikmati percutian anda sekiranya perancangan yang teliti dan teratur dilakukan terlebih dahulu!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat