6 Filem Yang Berunsur Patriotik


Terdapat pelbagai cara untuk menaikkan semangat patriotik dalam diri kita. Antara caranya ialah dengan menonton filem-filem yang berunsurkan patriotik.

Jom kita intai filem patriotik apa yang menarik untuk ditonton :

1. Leftenan Adnan

  • Mengisahkan tentang perjuangan seorang tentera untuk menentang penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia II.
  • Lokasi yang dipilih untuk filem ini ialah Pekan Pusing kerana terdapat deretan dua rumah kedai yang seakan-akan sama seperti zaman penjajahan Jepun sekitar tahun 1941 dahulu.
  • Arahan Aziz M. Osman.
  • Ditayangkan pada 31 Ogos 2000.

2. Bukit Kepong

  • Filem ini berdasarkan kisah benar yang terjadi sekitar tahun 1950.
  • Mengisahkan tentang perjuangan pihak polis untuk menentang pendudukan komunis di Tanah Melayu.
  • Filem ini telah disunting semula oleh United Studios (syarikat di bawah KRU International) dan kerja-kerja suntingan dilakukan oleh Prodigital Lab (syarikat milik KRU Malaysia).
  • Arahan Allahyarham Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin.
  • Ditayangkan pada tahun 1981.

3. 1957: Hati Malaya

  • Mengisahkan tentang usaha keras untuk menghasilkan sebuah buku bergambar yang diberi tajuk 1957- Hati Malaya oleh sekumpulan anak muda tempatan pada masa berkenaan.
  • Terdapat unsur kisah benar berkenaan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan yang diselitkan dalam filem ini.
  • Arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
  • Ditayangkan sempena Hari Kemerdekaan ke-50 negara pada tahun 2007.

4. Tanda Putera

  • Filem ini adalah berdasarkan kisah benar.
  • Filem ini berkisarkan tentang hubungan persahabatan di antara Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
  • Arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
  • Ditayangkan bermula 29 Ogos 2013.

5. Paloh

  • Merupakan kisah benar yang dihadapi oleh penduduk daerah Paloh di  negeri Johor.
  • Mengisahkan tentang tekanan hidup yang dihadapi oleh penduduk kesan daripada konfrontasi antara Parti Komunis Malaya dan pihak tentera Jepun.
  • Arahan Adman Salleh
  • Ditayangkan pada tahun 2003.

6. Sarjan Hassan @ Sergeant Hassan

  • Filem yang mengisahkan tentang peperangan yang berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1958.
  • Arahan Mendiang Lamberto V. Avellana pada awalnya, dan diambil alih oleh Allahyarham P. Ramlee untuk disiapkan.
  • Ditayangkan pada 28 Ogos 1958.

Berikut adalah senarai filem-filem yang boleh ditonton untuk menaikkan semangat patriotik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat