Jual Nasi Lemak RM1, Bang Sudu Sedih Dengan Komen Individu Yang Tak Bersyukur
Orang cakap zaman sekarang serba serbi mahal. Dari makanan hinggalah kepada caj menggunakan tandas awam. Semuanya tiada yang murah, bahkan hendak masuk tandas awam pun perlu dibayar RM1 ataupun RM0.50.
Belum termasuk lagi dengan makanan dan pelbagai barangan lain yang sememangnya sangat mahal harganya. Malah ramai dalam kalangan peniaga yang terpaksa menaikan harga makanan mereka, bukan sengaja namun mereka terpaksa.
Jika tidak dinaikan, mereka tidak akan mendapat sebarang keuntungan. Walaubagaimanapun, masih ada peniaga yang menjual makanan pada harga RM1 sebungkus. Peniaga tersebut adalah Bang Sudu.
Jual Nasi Lemak RM1, Bang Sudu Sedih Dengan Komen Individu Yang Tak Bersyukur
Bang Sudu merupakan salah seorang peniaga yang viral menerusi aplikasi TikTok kerana menjual Nasi Lemak pada harga RM1 sebungkus. Nasi Lemaknya cukup mendapat sambutan ramai. Hampir setiap pagi Nasi Lemak nya habis terjual.
Namun baru-baru ini, Bang Sudu atau nama sebenarnya Fazrie Haiqal sempat meluahkan rasa terkilan dan sedih akan sikap segelintir masyarakat kita. Ada individu yang telah menuduhnya dengan beberapa perkara yang tidak enak didengar dan dibaca.
Hal tersebut bermula apabila perkongsian video Bang Sudu menerusi aplikasi TikTok telah mendapat sambutan akhbar tempatan. Namun apabila Bang Sudu menjengah ke ruang komen postingan tersebut, Bang Sudu berasa cukup sedih dan terkilan apabila membaca komen ‘kurang baik’ segelintir dari mereka.
Antara komen yang membuatkan Bang Sudu terkilan adalah apabila ada individu yang menyoal mengenai kuantiti dalam sebungkus nasi lemak yang dijual.
“Setakat potion kecik… Org dewasa perlu beli 3-4 baru kenyang.. sama jeeee“. Itulah antara yang ditulis oleh individu tersebut.
Sebagai peniaga yang membuat sebaik mungkin dan berkorban apa sahaja demi pelanggan agar mereka yang kelaparan berasa kenyang, pastinya ayat tersebut mengguris hati.
Semalam Harian Metro ada post pasal saya di FB. Tangan gatal nak scroll comment sekali terjumpa comment macam ni.
Apa pendapat korang? Saya scam atau ada yang tak reti bersyukur?đ˘ pic.twitter.com/WfxYjGjlwa
— bangsudu (@FazrieHaiqal_) November 30, 2022
Tak suka, beli tempat lain..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga Twitter. Ada yang menulis, dengan harga RM1 sepatutnya pembeli sudah boleh agak dapat nasi lemak sebanyak mana. Jika tak suka, boleh beli tempat lain.
“Jual singgit, patut pembeli boleh agak la dpt nasi lemak camna. Tak suka, beli tempat lain. Berlambak org jual nasi lemak”, tulis De Lipas
Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, susah juga kalau jangkakan nasi lemak RM1 hidangannya macam RM5.
“Susah jgk kalau expect nasi lemak rm1 portion mcm rm5 ni. Orang buat mcm tu sbb x semua makan bnyk utk breakfast, dasar pembeli gemuk.”, tulis shirannuu
Sebagai manusia yang bijak dan pandai, pastinya Nasi Lemak berharga RM1 datang dengan hidangan yang sesuai. Jangan jangkakan nasi yang murah tersebut mempunyai hidangan yang banyak dan mengenyangkan.
Lebih-lebih lagi Nasi Lemak tersebut dijual untuk sarapan pagi. Dengan hidangan, rasanya yang sedap, memang sudah berbaloi dengan harga RM1 itu. Cubalah kita bersyukur dengan setiap apa yang ada. Kalau tidak suka, jangan sampai menyakiti orang lain.
Sumber: Twitter @FazrieHaiqal_
Baca juga:Â âPentingnya Dashcam..â Scammer Jalan Raya, Cuba Buat-Buat Dilanggar Namun Akhirnya