Kekeliruan Masyarakat Terhadap RUU 355
Pindaan RUU35 ini tiada kaitan dengan Hudud seperti hukuman potong tangan dan rejam tidak boleh dikenakan malah tidak termasuk dalam kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman seperti ini, kerana ianya bukan dalam kuasa dan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri.
Pindaan ini memertabatkan hukuman syariat islam yang lama yang sudah lama tidak di pinda untuk selari dengan masa kini.
Penipuan Media dan Media Sosial
Pembohongan ekstrimis media atau pelampau media mengulang-ngulang tajuk pemberitaan yang songsang dengan berita asal juga punca menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat islam dan bukan islam menyebabkan orang bukan islam salah faham terhadap pindaan yang di bawa oleh Marang
Hukuman Yang Ingin Di Pertingkatkan
Untuk meningkatkan jumlah hukuman supaya selari dengan syariat Islam supaya jumlah hukuman pada masa ini yang hanya tertakluk kepada maksima 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan; dapatlah dipertingkatkan kepada jumlah hukuman penjara yang lebih tinggi (ditentukan dan dikanun di negeri masing masing nanti) dan denda yang lebih munasabah, serta rotan mengikut syariat Islam dengan syarat dan jumlah sebatan yang lebih menepati syariat Islam.
Hukuman Rotan Mengikut Syariat Islam
Rotan mengikut syariat Islam pula adalah sangat berbeza dengan “rotan hukuman sivil”. Rotan mengikut syariat Islam adalah TIDAK BOLEH mencederakan, TIDAK BOLEH dilakukan hingga kulit terkoyak atau berdarah, pukulan sebat hendaklah di merata-rata anggota tubuh kecuali muka, kepala, dada dan kemaluan. Pukulan sebat hendaklah dengan cara yang sederhana, di mana orang yang menyebat tidak boleh mengangkat rotan hingga ke paras kepalanya. Semuanya dilakukan dalam keadaan pesalah hendaklah berdiri bagi lelaki dan duduk bagi perempuan, serta memakai pakaian nipis yang menutup auratnya mengikut Hukum Syarak.
RUU Pindaan 355 adalah hak bagi penganut Islam sahaja dan bukanlah satu hukum hudud, dan bukan satu jalan belakang untuk melaksanakan hukum hudud, dan bukan juga satu cubaan untuk mengelirukan mana-mana pihak apatah lagi anggota Dewan yang mulia ini
Pindaan ini juga hanyalah terpakai kepada penganut Islam sahaja dalam negara kita sebagaimana kewujudan dwi-sistem mahkamah syariah dan mahkamah sivil sejak ratusan tahun lalu.