Alami Hoarding Disorder, Wanita Ini Tunjuk Keadaan Dapurnya Yang Mengejutkan
Hoarding Disorder bukanlah satu penyakit biasa namun agak luar biasa. Seseorang yang menghidap masalah ini akan sentiasa menyimpan barangan lama yang tidak berguna dan tidak berharga.
Mereka akan berasa sayang untuk membuangnya kerana mereka berfikir barang tersebut kemungkinan besar boleh digunakan kembali satu hari nanti. Walaupun barang yang disimpan itu tidak sepatutnya disimpan, namun mereka akan tetap menyimpannya. Sehinggakan perbuatan tersebut sudah tidak boleh dikawal lagi.
Cuba bayangkan, setiap benda dan setiap sesuatu barang disimpan tanpa rasa bersalah. Antara barangan yang sering disimpan oleh pesakit Hoarding Disorder ini adalah majalah, surat khabar dan kelengkapan rumah.
Malah lebih teruk lagi, pakaian kotor juga turut disimpan oleh mereka. Kelakuan ini boleh membawa kemudharatan kepada keluarga, rumahtangga serta Cuba bayangkan mereka yang menghidap Hoarding Disorder ini terus menerus menyimpan barang. Pasti satu rumahnya akan dipenuhi dengan barangan diri sendiri.
Alami Hoarding Disorder, Wanita Ini Tunjuk Keadaan Dapurnya Yang Mengejutkan
Seperti mana video yang berlegar menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan seorang wanita penghidap Hoarding Disorder. Di dalam video tersebut dapat dilihat dapur wanita berkenaan dipenuhi dengan banyak sampah dan barangan yang tidak berguna.
Bahkan dapur yang besar itu dipenuhi dengan sampah yang bukan sedikit. Namun sudah bertimbun memenuhi ruang. Berjalan pun agak sukar memandangkan dia perlu berjalan dalam timbunan sampah (barangan). Keadaan dapur juga dilihat sangat kotor, kemungkinan sudah lama tidak dibersihkan.
Macam mana hendak bersihkan? Macam mana ingin hidup dalam keadaan begitu. Walaubagaimanapun, wanita berkenaan tetap kelihatan bahagia dan dia juga sempat menunjukkan periuk dan dapur tempatnya memasak hidangan yang sedap.
“Ini adalah dapur saya. Ruang kegemaranku di rumah. Aku suka membuat roti dan memasak. Mengajak kawan dan keluargaku makan malam. Aku membuat kek dengan sangat enak. Ini periuk untuk membakar. Aku cinta dapurku. ” Jelas wanita berbaju merah itu dalam video berkenaan.
Aku takut lipas dengan tikus, rumah memang harus bersih lah..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang terkejut dan tidak boleh menerima keadaan tersebut. Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, dia amat takut pada tikus dan lipas jadi rumah harus bersih. Kalau ada lipas tak masuk dapur katanya.
” Aku takut lipas dengan tikus, rumah memang harus bersih lah. Kalau ada lipas tak masuk dapur aku”, tulis pemilik akaun TikTok Wawa Zainal.
Ada juga yang menulis, datang makan malam? Tidak, terima kasih. “Come over for dinner? No thanks! Tulis jmj.
Tidak kurang juga ada yang bertanya siapa kawannya, adakah tikus? “Who her friend, mouse? – sayang
Itulah antara perbuatan pesakit atau penghidap Hoarding Disorder ini. Menurut beberapa sumber, untuk merawatnya agak sukar kerana ramai penghidap penyakit ini tidak tahu bahawa mereka sakit. Namun begitu, jika dirawat dengan betul dan tepat, kemungkinan besar pesakit tersebut boleh sembuh.
Kredit: TikTok meiname5
Baca juga: Tidak Teruja Dengan Wang, Pangkat & Kedudukan. Cikgu Fadli Hanya Mahu Berjuang Dengan Caranya