Nasihat Dari Dato’ Dr. Hj Hussamuddin Yaacub : Bagaimana Karangkraf Menjana RM500 Juta Setahun


Hari ni bersama Dato’ Dr. Hussamuddin Yaacub – Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf dengan jualan tahunan RM500j.

Kata beliau :

” Orang yang berduit biasanya adalah orang berjaya dan orang yang bekerja lebih dari orang lain ”

” Saya bina Karangkraf ni ‘step by step’ ”

” Daripada kecil saya dilatih menjadi pembeli yang bijak ”

” Saya dilatih oleh emak saya dari kecil untuk melaksanakan idea.. yer bukan sekadar idea, tapi laksanakannya ”

” Saya dilatih untuk melaksanakan idea dengan cepat ”

” Bila berjanji mesti ditepati ”

” Kita kena share pengalaman bisnes kita, InshaAllah rezeki akan lebih murah ”

” Nyawa perniagaan adalah ‘cash flow’ ”

” Setiap usahawan mesti ada ‘tabung’ untuk kegunaan waktu merudum ”

” Orang Cina yang berjaya biasanya bukan yang terus berniaga tapi adalah mereka ‘berkuli’ dahulu ”

” Daripada kecil saya dilatih membaca dengan banyak ”

” Networking sangat penting ”

” Kekayaan yang datang dengan cepat selalunya susah untuk bertahan lama ”

” Customer service sangat penting. Kita jual benda sama kepada pelanggan yang sama, customer service akan membuatkan kita menang ”

” Di setiap masalah, pasti ada peluang.. Pasti! ”

” Membaca membuatkan saya lebih kreatif ”
” Saya berjaya kerana saya tahu apa yang saya jual ”

” Untuk berjaya, bukan sekadar menjadi follower, tapi kita perlu jadi ‘game changer’ ”

” Jika nak syarikat kita mampu bertahan beratus tahun, kita kena berpegang pada value dan vision syarikat kita ”

” Kalau saya (tokey) sendiri nak buat semua, akan jem! So saya delegate power ”

” Saya train hulubalang jadi panglima ”

” Rumah yang dibuat cepat, akan runtuh cepat ” – build overnight, crash overnight

” Kita boleh buat banyak bisnes dengan satu company ”

” Semangat tanpa ilmu tak akan jadi ”

” Ketika syarikat kita kecil bolehla bagi management kepada anak beranak, tapi bila syarikat dah besar, kita kena benarkan orang luar yang profesional manage syarikat kita untuk lebih berjaya dan berkembang ”

” Pengurusan hati sangat penting ”

” Pada tahun 80 an, kilang saya terbakar. Dan itu sebenarnya menjadi titik tolak kepada bisnes saya berkembang sehingga sekarang. Disebalik kesusahan pasti ada kemudahan. Bila datang musibah, redha dan bangkit balik. Allah takkan sesekali melakukan sesuatu itu dengan sia-sia. Sabar, usaha dan tunggu habuan itu menjelma ”

” Masih perlukan ‘wisdom’ orang tua / orang lama / senior untuk berjaya dalam bisness walaupun zaman berganti zaman “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat