Tertuduh Tidak Mengaku Salah Guna Syabu

Sumber Rujukan : Harian Metro

Terkini Berkenaan Kemalangan

Model sambilan yang memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik kilang Selasa lalu, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Semasa Kenduri Majlis Perkahwinan Arwah

Ng didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam, kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Semasa Kenduri Majlis Arwah

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mahkamah Asisten Superintendan Md Azman Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Md Azman menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan memohon perintah lapor diri di Jabatan Narkotik seminggu sekali, selain meminta lesen memandu tertuduh digantung.

Dalam kejadian Selasa lalu, Pei Ven memandu kereta melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua ke Permatang Pauh Lebuhraya Utara Selatan sebelum menyebabkan berlaku kemalangan menyebabkan seorang lelaki maut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat