Video Game Mengatasi Anxiety Dan Depression
Mungkin ada daripada kita yang kita nampak senyum, gembira dan gelak ketawa bersama tetapi disebalik kegembiraan itu. Kita tidak tahu bagaimana rapuhnya hati mereka menghadapi kehidupan.
Sedar atau tidak ada di kalangan kawan – kawan atau keluarga kita yang mempunyai masalah anxiety dan depression. Dan bermain video game boleh menolong mereka untuk berasa lebih positif. Terdapat banyak isu dalam dunia gaming masa kini menjadi “trigger“ kepada anxiety dan depression – pressure bermain seorang tanpa pertolongan, diherdik permain lain yang toksik dan dimarahi tidak tentu hala, ditambah dengan kehidupan seharian yang sudah pun tertekan yang menjadi punca kepada masalah-masalah mental dan emosi ini.
Anxiety Disorder (Gangguan Kebimbangan)
- Merujuk kepada simptom kebimbangan, kerisauan dan keresahan melampau sehingga membawa kepada anxiety attack/panic attack/nervous breakdown. Lalu ia akan mengganggu proses badan seperti kesukaran tidur, sesak nafas, degupan jantung tidak seragam, pening dan loya.
Depression (Kemurungan)
- Merujuk kepada simptom kesedihan dan kehibaan berpanjangan. Individu yang mengalami kemurungan akan sentiasa berasa sedih, hilang harapan hidup, hilang minat terhadap benda-benda yang diminati, sehingga membawa kepada simptom fizikal seperti kelesuan dan kepenatan, tiada selera dan kesukaran tidur.
Berikut adalah 7 permainan yang direka untuk membantu menangani anxiety dan depression :
FLOWER
Didalam flower, cara bermain adalah anda terbang bersama angin. Dengan mengelilingi keliling muka bumi yang indah dalam landskap seperti mimpi yang direka khusus untuk melegakan pemain.
Permainan ini korang hanya perlu kawal controller yang menggunakan motion six-axis untuk terbang mengelilingi bumi. Lepaskan diri dari realiti dan mencantikkan dunia dengan cara “therapeutic” ( merawat atau mengubati penyakit).
Video Game ini adalah permainan zero-stress memang baik untuk de-stress diri anda sebelum menjadi lagi serabut dan rimas untuk melawan anxiety. Flower boleh didapati pada PS4, PS3 dan PSVita.
ELUDE
Elude adalah sebuah game yang mana anda meneroka siri landskap emosi metafora, berjalan didalam hutan yang menakutkan dan tempat – tempat lapang untuk mencari “objek” untuk membantu mengatasi halangan emosi. Game ini bersimbolkan perasaan seseorang yang murung. Lagi tinggi kita pergi lagi tinggi untuk kita dapatkan kurangkan kemurungan. Anda dapat berinteraksi dengan burung membuat yang mana dapat membuat lebih bahagia.
Namun jika anda jatuh, korang akan lagi susah untuk bangun semula atau pun terus jatuh bagaikan kematian. Game Elude ini dapat menunjukkan macam mana seseorang yang murung boleh berubah mood mereka dengan cepat dan drastik. Ini boleh menolong menyedarkan orang ramai tentang bagaimana untuk merasa kemurungan seseorang itu.
Paling penting, tiada muat turun diperlukan ianya boleh didapati di browser anda.
ABZU
Sebuah game yang mana anda hanya perlu berenang dan mengeksplorasi dunia lautan dari permukaan air sehingga ke lautan dalam yang gelap. Tiada dialog ataupun cara-cara untuk bermain namun ia tetap menyenangkan hati. Visual yang amat mengasyikkan dan ‘meditating’ untuk melihat ikan-ikan di sekeliling amat lah menenangkan. Sambil itu korang juga dapat belajar tentang spesis ikan mengikut kedalaman atau geografi laut tersebut.
Abzu dapat mengatasi anxiety dan kemurungan adalah kerana anda dapat berenang dengan ikan dengan flowy nya yang amat menenangkan. Ditambah lagi dengan visual yang cantik dan orchestra dan choir muzik yang amat classy dan semangat yang mampu menceriakan anda. Sambil mengagumi keindahan hidupan laut. Abzu boleh didapatkan di PC, PS4 dan Xbox One.
ENTWINED
Permainan video ini mengisahkan seekor burung dan ikan yang tidak dapat bersama. Mempunyai visual yang cantik dan bunyi yang mengagumkan. Anda hanya perlu ikuti bunyi dan visual yang indah dan membuka kesemua 9 stage kehidupan yang mempersonakan sehingga sang ikan dan si burung dapat bersatu semula.
Dengan grafik yang menenangkan, mengikut rentak bunyi yang mampu mengawal pernafasan dengan lebih tenang. Ini dapat membantu pernafasan yang lebih stabil dari kesesakan anxiety.
SYM
Sym mengisahkan seorang lelaki yang bernama Josh, yang telah membina sebuah dunia lain yang dapat melarikan diri untuk mengatasi kebimbangan sosialnya yang teruk. Melalui teka-teki dan penerokaan, anda hanya perlu mengerakkan Josh melalui dunia yang dibina. Secara beransur-ansur, dia bergerak lebih dekat ke arah keupayaan untuk mengatasi fobianya.
Sym menunjukkan kualiti yang dihadapi oleh orang-orang dengan kebimbangan sosial. Kehidupan mereka yang hidup di dalam dan kehidupan mereka harus hidup di hadapan orang lain.
ACTUAL SUNLIGHT
Actual Sunlight adalah sebuah game mengenai seorang lelaki yang menghadapi kemurungan. Dia berfikir tentang betapa tidak adil hidupnya dan keinginan untuk mati setiap kali bangun dari tidur. Sering bertanya kenapa perlu hidup untuk esok kalau hidup ini sama tanpa hala tujuan. Jalan game ini menunjukkan dialog antara diri sendiri, rakan dan orang yang disayangi meletakkan lelaki ini di dalam pendirian yang sering dipersoalkan.
Permainan video akan menunjukkan cara pemikiran seseorang yang sudah ditenggelami dengan mentality yang sentiasa negative kerana mereka telah membuang perasaan untuk berharap akan kebaikan.
Ramai yang ‘acah’ murung tapi hanyalah mengada dan ada juga yang betul murung tetapi tidak bersuara. Tidak kisah anda yang mana satu, di akhir cerita nya, kita haruslah sentiasa menghormati dan tolong menolong antara satu sama lain untuk menghadapinya. Berilah motivasi daripada memberi kritikan yang tak berasas.
Semoga Bermanfaat…..