Kisah Sembah Derhaka Rakyat: Tun Besar mati dibunuh oleh Raja Muhammad
Dalam Sulalatus Salatin diceritakan tentang kisah anak Sultan Mansur Syah yang bernama Raja Muhammad. Ini favourite son yg pada niat baginda Raja Muhammad itulah hendak dirajakan di Melaka.
Suatu hari, Raja Muhammad pergi menunggang kuda di kampung Bendahara Paduka Raja. Pada masa itu Tun Besar, anak Bendahara sedang bermain sepak raga dengan geng dia. Maka Raja Muhammad pun lalu, ketika Tun Besar sedang menyepak bola raga. Tiba2 bola raga itupun terkena destar Raja Muhammad, lalu jatuh ke tanah.
Maka kata Raja Muhammad, “Ceh, jatuh destar kita oleh Tun Besar !”. Maka ditikamnya Tun Besar, kena belikat terus ke hulu hati lalu rebah mati.
Maka orang pun gemparlah. Segala anak buah Bendahara Paduka Raja Tun Perak pun semuanya keluar dengan alat senjatanya. Bendahara Paduka Raja pun keluar bertanya “Apa sebab gempar ini ?” Maka jawab orang itu, “Anakanda Tun Besar mati dibunuh oleh Raja Muhammad”.
Lalu kata Bendahara, “Mengapakah kamu semua berlengkap ini ?” Maka sahut segala anak buah Bendahara “Kami semua hendak membalas akan kematian saudara kami semua !”
Maka dijawab Bendahara “Hei! Hei! Hendak derhakakah kamu? Hendak derhakakah kamu? Bersurailah kamu semua! Kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi anak raja seorang ini, janganlah kita pertuan”.
Maka segala anak Bendahara Paduka Raja pun diamlah dan menyimpan segala senjata. Jenazah Tun Besar pun ditanamkan oranglah.
Setelah Sultan Mansur Syah mendengar gempar itu, maka baginda pun bertanya, “Apa digemparkan orang itu ?”. Sembah Tun Indera Segara ” Tun Besar, Datuk Bendahara mati dibunuh oleh paduka anakanda Raja Muhammad.”
Maka segala perihal pun dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah. “Apa kata Datuk Bendahara ?” Maka sembah Tun Indera Segara “Akan kata Datuk Bendahara, yang adat hamba Melayu tidak pernah derhaka. Tetapi akan kita pertuankan anak raja seorang ini janganlah.”
Maka Sultan Mansur Syah pun memanggil Raja Muhammad. Maka baginda pun amat murka akan anakandanya Raja Muhammad. Titah baginda, “Celaka engkau ni. Apatah dayaku engkau ditolak muka bumi Melaka !”
Maka baginda pun menyuruh Seri Bija Diraja menghantar Raja Muhammad ke Pahang dan dirajakan di sana dengan gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Muhammad Syah.
Yang saya nk hilite di sini dari kisah ini bahawa Melayu itu pantang menderhaka kpd sultannya. Boleh saja tak setuju tapi tidak boleh tak beradap. Dlm istiadatnya disebut ‘sembah derhaka’.
Semlm kita lihat ramai Melayu yg tak tahu adab telah memaki hamun SPB YDP Agong. Itu bukan cara orang Melayu. Dulu semasa pindaan perlembagaan tahun 1993 pun ramai juga Melayu yg derhaka tak beradap dgn Sultan. Ada yg memaki sultan. Ada yg menabalkan sultan lain di tengah padang di Kelantan. Begitu juga semasa krisis pertukaran kerajaan negeri Perak. Ramai juga Melayu yg jadi biadap.
Kenapa Melayu jadi biadap kepada sultan? Kerana kini kita tak lagi diajar ttg adap susila sbg Melayu. Dan apabila Melayu sendiri sudah derhaka memaki sultan, kawan2 kita yg bukan Melayu pun ikut sama.
Kita boleh tengok dlm posting media sosial semlm. Sepatutnya kita Melayu beri tunjuk ajar kpd kawan2 bukan Melayu ni cara beradab dgn sultan dan raja2 Melayu.
Ingatlah Melayu tanpa Raja/Sultan sudah pincang keMelayuannya. Pertahankanlah institusi ini. Kalau cacat maka baikilah ia.
Artikel ini adalah dari Prof Abdul Muati Ahmad