Tips Penjagaan Kesihatan Jantung
5 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG
Tahukah dan percayakah anda? Orang yang akan hidup lebih sihat dan sejahtera adalah orang yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung. Ikutilah 5 tips berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang.
1. Kekalkan Berat Badan Yang Sihat
Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda. Jika berat badan belebihan, kemungkinan akan menyebabkan anda sakit jantung. Penyakit ini berlaku apabila arteri menjadi sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol mengakibatkan aliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung.
2. Kekalkan Tahap Kolestrol, Tekanan Darah Dan Gula Darah dalam Lingkungan Normal
Bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik anda mestilah lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah. Sentiaa amalkan diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang sihat.
3. Amalkan Diet Yang Baik Untuk Jantung
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Kurangkan makanan bergoreng dan pilih bahagian daging yang kurang berlemak. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mempunyai sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.
4. Kekal Aktif Secara Fizikal
Dengan kerap bersenam dapat membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Lakukan aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa.
5. Pengurusan Stress
Stress yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Jangan pandang stress sebelah mata. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stress.
Sumber : Anlene