Kayuhan Otai Pak Wan


Kayuhan otai Wan Hashim Wan Mahmood atau lebih dikenali Pak Wan telah mendapat perhatian ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia. Usianya yang mungkin mencecah 73 tahun tidak pernah menghalang niat mulia Pak Wan ini. Dengan usia sebegitu sukar untuk kita percaya namun Pak Wan telah membuktikan kebolehannya dengan membuat kayuhan solo menjelajah selatan Thailand sejauh 600 kilometer sejak 25 Disember 2019.

Tujuan sebenar Pak Wan membuat kayuhan solo ini ada untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dan Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020).

Misi Kayuhan Otai Pak Wan

Kayuhan solo Pak Wan bermula di Kota Bharu , Kelantan sebelum menuju ke Rantau Panjang dan terus meneruskan perjalanan memasuki Thailand menerusi Sungai Golok. Seterusnya Pak Wan bergerak ke Hatyai, Songkhla, Pattani, Narathiwat dan dijangka kembali ke Rantau Panjang pada hari pertama Tahun Baru (2020)

“Sepanjang kayuhan ini saya akan berhenti di beberapa tempat tumpuan pelancong dan orang ramai di selatan Thailand bagi mempromosikan tempat menarik yang ada di Malaysia dan Kelantan sempena VM2020 dan TMK2020,” katanya.

Acara pelepasan kayuhan solo

Sebelum memulakan misinya , Pak Wan telah diraikan dalam satu acara sempena pelepasan kayuhan solo di Pejabat Tourism Malaysia (Kelantan) yang disemprunakan oleh Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin. Selain itu turut serta Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud.

Semangat Pak Wan jelas terlihat apabila dia berusaha setiap hari dengan membuat kayuhan dalam meningkatkan staminanya sebelum memulakan misinya. Pak Wan berkata :

“Setiap hari sejak sebulan lalu saya akan melakukan kayuhan sejauh 40 kilometer bagi meningkatkan stamina”

“Saya juga akan berkayuh ke Rantau Panjang atau Takbai di selatan Thailand setiap seminggu sekali. Kebiasaannya saya akan memulakan kayuhan pada awal pagi antara pukul 8 pagi yang mengambil masa dua jam”

Sokongan terhadap misi Pak Wan

kayuhan otai

Pak Wan amat bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak terutamnya Tourism Malaysia Kelantan dan MOTAC Kelanta. Selain itu tidak lupa sokongan  ibunya, Che Hasmah Ahmad, 89, isterinya, Faridah Daud, 68, dan ahli keluarga. Semoga niat Pak Wan dipermudah dan sentiasa kekal sihat dan berjaya pada negara.

 

Sumber: www.mstar.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat