Khabib Nurmagomedov Berlatih Dengan Beruang Selama 2 Tahun Semasa Kecil, Berjaya Menewaskan Megastar Conor McGregor
Pertarungan Khabib Nurmagomedov VS Connor McGregor
Pertarungan terbesar tahun ini, menyaksikan Khabib Nurmagomedov bertembung dengan megastar Connor McGregor.
Semasa perlawanan, Connor McGregor dibelasah dengan beget teruk pada pusingan ke-2 namun beliau masih bertahan dan berjaya menahan serangan Khabib sehingga loceng perlawanan dibunyikan.
Kemudian, pada pusingan ke-4, McGregor telah kehilangan tenaga dan Khabib akhirnya berjaya menewaskan McGregor dengan teknik ‘rear-naked choke’, merupakan trademark Khabib selama ini.
Khabib berjaya mempertahankan tali pinggang yang dimenanginya pada April lalu selepas menewaskan Al Iaquinta. Khabib secara keseluruhannya mempunyai 26 kemenangan dalam kariernya tanpa sebarang kekalahan dan 11 kemenangan ketika bertarung dalam UFC.
Video Khabib berlatih dengan beruang sejak kecil selama 2 tahun kini viral dan menjadi bualan ramai orang kerana keunikkan latihan dan cara didikan yang melahirkan juara dunia baru, Khatib sekaligus dikatakan sebagai pengganti Muhammad Ali yang baru.
Beliau yang merupakan Muslim yang taat sewaktu dicabar oleh McGregor menjawab, “Aku ada Allah” sebagai tanda aras keyakinan beliau terhadap pertarungan ini.
Kekecohan Selepas Pertandingan
Namun terdapat sedikit kekecohan selepas pertarungan ini berakhir yang merupakan pergaduhan yang tercetus. Khabib yang baru sahaja menewaskan McGregor, meluru laju ke arah kem McGregor bagaikan beruang kelaparan untuk mencari rakan McGregor, Dillian.
Beliau memanjat pagar Octagon dan turun ke tempat penonton namun sempat dihalang pegawai keselamatan. Kedua team juga bergaduh dan lebih memeranjatkan, dua rakan baik Khabib masuk ke dalam Octagon dan menyerang McGregor yang masih lagi berada dalam keletihan. Namun pegawai keselamatan cepat bertindak menyelamatkan McGregor dari terus diserang oleh rakan Khatib.
Kesan dari ini, pelbagai pihak termasuk pemenang UFC yang lalu mengkritik insiden ini dan upacara mengumumkan pemenang tidak dapat dilakukan kerana kekecohan tersebut. Kedua-dua petarung diminta meninggalkan Octagon bagi menenangkan keadaaan.
Presiden UFC, Dana White berkata, upacara kemenangan iaitu melilit tali pinggang Lightweight ke pinggang Khabib tidak dibuat di octagon kerana khuatir keadaan mungkin menjadi lebih kecoh. Ini memandangkan venue pertarungan itu dipenuhi dengan penyokong McGregor yang kebanyakannya dari Ireland.
Kekecohan yang terjadi ini dikatakan berpunca dari penghinaan Mcgregor kepada dirinya serta agama islam. McGregor pada sidang akhbar telah menghina ayah Khabib dan agama islam dengan meminum arak sewaktu sidang akhbar berlansung.
Kerana penghinaan inilah menyebabkan Khabib tidak mengejar kemenangan semata-mata dalam perlawanan ini. Sebenarnya beliau mempertahankan nama baik ayahnya dan agama islam yang telah dihina oleh McGregor.