Cara Nak Mendidik Anak-anak: 4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W – Daily Rakyat

Cara Nak Mendidik Anak-anak: 4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W


Disini saya kongsikan bagaimana cara nak mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w untuk anak seawal usia 0 tahun hingga berumur lebih 21 tahun.. Empat tahap mendidik anak cara Rasulullah S.A.W adalah:

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”

(Q.S an-Nisaa’;9)

1. Usia anak-anak 0-6 tahun:

PERLAKUKAN ANAK DENGAN LEMAH LEMBUT

Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita untuk senantiasa lembut terhadap anak yang masih berusia dari 0 hingga 6 tahun.

2. Usia anak-anak 7-14 tahun:

PERKENALKAN ANAK TANGGUNGJAWAB & DISIPLIN

“Perintahkan anak-anakmu untuk solat saat mereka telah berusia 7 tahun, & pukullah mereka jika meninggalkannya ketika mereka berusia 10 tahun, dan pisahkanlah tempat tidur mereka.”

(H.R. ABu Dawud)

3. Usia anak-anak 15-21 tahun:

PERLAKUKAN MEREKA SEPERTI SAHABAT

Hindari menghardik atau memarahi terutama di hadapan saudaranya. Lakukan pendekatan secara diplomasi secara bersahabat sehingga ketika mereka ada masalah, mereka tidak mencari solusinya dari luar. Jadilah pendengar untuk masalah yang mereka hadapi.

4. Usia anak-anak 21 tahun dan ke atas:

BERI KEPERCAYAAN DAN KEBEBASAN UNTUK MEMUTUSKAN

Fasa ini adalah masa orang tua untuk memberikan sepenuhnya KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Orang tua hanya perlu memantau, menasihati dengan diiringi doa agar setiap tindakan yang mereka ambil adalah tepat.

Tonton video dibawah berkaitan cara didik anak mengikut cara Rasulullah S.A.W:

Alhamdulillah, semoga empat tahap mendidik anak cara Rasulullah S.A.W ini boleh dimanfaatkan oleh para ibu bapa.

Kongsikan dengan rakan anda yang ada anak-anak sedang membesar, sedikit sebanyak ilmu yang ada dapat bercambah dengan baik, dan memperbetulkan institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin parah dengan pelbagai gelaja yang tidak elok.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat