Ubat Tak Habis Sering Menjadi Perhiasan Di Rumah dan Tetamu Tong Sampah?

Sumber Rujukan : Berita Harian 10 Apr 2017

Rata-rata orang terus ke klinik atau farmasi untuk mendapatkan ubat ketika sakit. Tetapi pernahkah anda menghabiskan kesemua ubat dan antibiotik yang di beri oleh doktor?Betul ke kebanyakkan Ubat Tak Habis Sering Menjadi Perhiasan Di Rumah dan Tetamu Tong Sampah?

ADAKAH anda berhenti mengambil ubat apabila badan sudah terasa sihat?
ADAKAH nasib ubat berakhir di dalam tong sampah atau sekadar perhiasan di rumah?
BAGAIMANA pula dengan antibiotik yang sepatutnya dihabiskan?

Sedar atau tidak, senario tersebut telah menyumbang kepada pembaziran ubat kerana ia adalah sebahagian amalan kebanyakkan isi rumah di negara ini.

Setelah sembuh daripada penyakit, kita sekadar menyimpan ubat itu dan tidak menggunakan ubat tersebut setelah kembali sakit dalam masa beberapa bulan kemudian, malah mendapatkan ubat baharu dan keadaan ini berulang sehingga rak di dalam peti sejuk penuh dengan ubat sebelumnya.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Surrey, England, menganggarkan pembaziran ubat di mukim itu saja sebanyak RM44.8 juta setahun dan di seluruh United Kingdom pula jumlahnya mencecah minimum RM459 juta setahun.

Di Malaysia, pesakit hanya perlu membayar RM1 setiap kali mengambil ubat dari klinik atau hospital kerajaan dan seperti kelaziman, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali daripada membazirkan ubat-ubatan.

KOS Tinggi Beli Ubat

Jumlah pembaziran tidak dapat dinyatakan secara jelas, namun tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM2.2 bilion bagi membiayai kos pembelian ubat-ubatan di negara ini.

Masyarakat harus bijak menggunakan ubat-ubatan khasnya yang diberi hospital, kerana ia bukan saja berkualiti tetapi juga dibeli dengan peruntukan yang besar.

SOALAN Penting Apabila Berjumpa Doktor

  • Selain ubat, adakah anda ada pilihan lain untuk mengatasi masalah kesihatan anda seperti senaman atau permakanan?
  • Bagaimana ubat itu bertindak dan bagaimana ia boleh merawat penyakit anda?
  • Apakah manfaat ubat yang diberi dan risikonya?
  • Apakah kesan sampingan daripada ubat yang mungkin anda alami?
  • Apakah langakah yang boleh diambil untuk memastikan ubat berkenaan berkesan?
  • Adakah ia perlu diambil sebelum atau selepas makan?
  • Bila anda perlu buat rawatan susulan?

PANDUAN Menggunakan Ubat Secara Betul

  • Berbincang dengan doktor sebelum dan selepas anda mengambil ubat.
  • Catatkan kesan sampingan yang anda alami. Jika anda tidak selesa dengan kesan sampingan ini, jumpa doktor yang beri ubat itu dengan segera.
  • Jangan bertukar doktor kerana dia tidak tahu ubat apa yang diberi doktor pertama kecuali anda membawa ubat berkenaan atau memberitahu nama ubat ketika mendapatkan rawatan.
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda berhenti mengambil ubat apabila berasa semakin sihat atau ubat berkenaan dirasakan tidak berkesan.
  • Antibiotik pula perlu dihabiskan mengikut arahan doktor. Ia bertujuan memberi badan anda perlindungan sepenuhnya terhadap bakteria yang menyebabkan jangkitan.
  • Ada ubat perlu diambil sepanjang hanyat, contohnya ubat kencing manis. Pengambilan ubat untuk penyakit kronik seperti ini tidak boleh dihentikan sesuka hati kerana penyakit yang tidak terkawal boleh menyebabkan kesan teruk, termasuk luka lambat sembuh, kematian tisu pada kaki sehingga boleh meningkatkan risiko kaki dipotong, kerosakan buah pinggang dan serangan jantung.
  • Hanya makan ubat yang diberi doktor dan jangan sekali-kali berkongsi ubat dengan orang lain.
  • Jika beli ubat di farmasi, anda disaran mendapatkan nasihat ahli farmasi dan buka jurujual atau pegawai pemasaran bagi satu-satu produk.

 

Tahukah anda bahawa Ubat Tak Habis Sering Menjadi Perhiasan Di Rumah dan Tetamu Tong Sampah itu akan menyebabkan berlakunya pembaziran. Kos pengeluaran ubat juga adalah sangat tinggi. Jadi sedarlah semua, elakkan melakukan pembaziran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat