Popia Ayam Cendawan Cheese Mekna

Sumber Rujukan : Facebook, Ainaa Lola

Asyik mintak Mekna buat popia je.

Sampai tetamu datang rumah, ada yang menebal muka minta resepi. Semua pun boleh la cuba buat dekat rumah. Adunan ni dapat dalam 35 biji popia. Dia punya sedap sampai tiap kali goreng, pinggan yang nak dihidang tu belum sempat nak penuh pun sebab ada yang ‘curi’ awal-awal!

Cuba la sendiri! Resepi campak-campak je. Lepas dah buat tu, simpan dalam fridge atas, kita frozen kan dia. Bila orang nak datang, goreng je. Senang kan?

Resepi:

  • 1 tin sup cendawan
  • Ayam yang dicincang
  • Carrot
  • Black pepper
  • Bawang Holland 1 labu (cincang)
  • Bawang putih 5 ulas (cincang)
  • Cheese 6 keping
  • Hotdog
  • Cendawan butang

Isi popia

  1. First goreng bawang putih and bawang Holland hingga naik bau. Make sure jangan hangus ye
  2. Masukkan black pepper, kalau nk pedas lg boleh masukkan cili potong jugak
  3. Masukkan ayam yang dicincang dan gaul hingga sebati smpai ayam masak
  4. Masukkan hotdog dan cendawan butang
  5. Masukkan 1 tin sup cendawan dan gaul hingga sebati
  6. Last sekali, masukkan Cheddar cheese for the cheezy flavour

Gulung popia

  1. Keluarkan kulit popiah dari peti sejuk beku dan dibalut kain tuala basah(supaya tidak kering)
  2. Tengok step di bawah ye untuk menggulung popia..

Sumber dari Qasey Honey

Sumber dari Qasey Honey

Sumber dari Qasey Honey

Cara menggoreng

  1. Pastikan minyak dipanaskan terlebih dahulu. Make sure minyak banyak dan biarkan popia tu berenang2 kat dalam kuali
  2. Kemudian baru masukkan popia satu persatu. Jangan masukkan terlalu banyak nanti lambat masak dan minyak akan menyejuk pula
  3. Goreng macam biase dengan api sederhana. Rajin balik2 kan untuk warna yang sekata.
  4. Bila dah agak kekuningan atau keemasaan, angkat dan toskan.

Dan siap. Nikmati popia best ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat