Tengku Ngah Putra : Lelaki yang hilang dari peta dunia korporat muncul semula – Daily Rakyat

Tengku Ngah Putra : Lelaki yang hilang dari peta dunia korporat muncul semula


HERO YANG HILANG DARI PETA MUNCUL SEMULA.

Dia datang ke program The Power of Storytelling Janda Baik. Tiada siapa kenal dia. Dia selamba. Telah lama dari hilang dari peta.

Jiwa usahawan berkelana merentas benua. Bermula dengan kerja pertama di Kedutaan Brunei, berniaga perkapalan di Johor-Singapura, kemudian ke Russia.

Mula berniaga di Pasar Pagi di Moscow. Jual Wafers Chocolate. Bermula dari 10 kotak sampailah berkontena. Berdepan dengan mafia Russia.Di pukul dan dibelasah kumpulan Mafia yang tinggi 7 kaki.

pasar

Bawa bateri AAA ke Russia. Kemudian mengembara naik keretapi melihat dunia. 2000 km dari Moscow ke Siberia, selama 35 jam. Bersendirian.

4 orang dalam satu kabin. 2 orang Russia. Dia dan lelaki 40an dari India. Lamanya dalam perjalanan mereka berman terup.

Ringkas cerita, lelaki itu adalah Lakshmi Mittal. manusia yang hari ini bernilai hampir rm40 Billion. Raja Besi yang pada masa itu mempunyai 60,000 orang pekerja di Siberia.

bateri

Raja Besi membawa dia melihat projek pembinaan landasan dan banyak lagi. Kemudian beliau membekalkan TV buatan Malaysia jenama Nikom dan MEC kepada kakitangan Raj Besi itu.

Banyak lagi cerita tentang dia. Tengku Ngah Putra. Lelaki yang saya panggil “Hero yang Hilang dari Peta Muncul Semula”.

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Di PSM The Power of Microphone, beliau telah mula pandai bercerita dan bersuara . Mendapat ilham kenangan lama dan telah bersedia memandaikan ramai lagi usahawan lain dengan ilmu dapatan kembara sepanjang perjalanan.

Tunggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat