Sokong Bisnes Kawan-Kawan Anda


Apabila lihat kawan-kawan berbisnes di Facebook, beri mereka galakan. Kalau ada wang lebih, beli dan beri sokongan.

Usah kira jenama sangatlah. Sabun basuh baju yang kawan-kawan kita jual di Facebook ini pun kadang-kadang datang dari kilang yang sama dengan produk jenama hebat itu.

tu

Sekiranya tak mampu beli, klik like tulisan atau gambar produk tersebut. Itu pun sudah cukup untuk berikan dia semangat. Sekiranya dapat komen dan share posting tersebut, itu lagi bagus.

Usahlah perlekeh, perli atau mengutuk dia. Dia baru belajar berbisnes. Biarlah dia tag kita.

Nak berbisnes bukan mudah. Usah kita pula jadi kawan-kawan yang menghalang dan memusnahkan semangat tersebut.

 

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Ada orang berbisnes kerana peluang. Ada orang berbisnes kerana terpaksa. Mungkin duit bisnes itulah dia nak bayar sewa rumah, beli susu anak atau hantar kepada mak & ayah di kampung.

Fikirlah berkali-kali sebelum memperlekehkan orang berbisnes di Facebook. Sekiranya tak dapat bantu, usahlah jadi orang yang menjahamkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat