Tips Elak Anak-anak Anda Tidak Berani Usik Handphone Anda Lagi
Pastinya anda rimas dengan kerenah anak-anak anda atau adik kecil yang sering meminta handphone anda untuk bermain permainan video atau untuk melihat video Upin ipin dalam YouTube. Kalau tidak dilayan permintaan mereka pastinya mereka akan merengek dan menangis, yang pastinya akan membuat anda lagi rimas dengan karenah mereka.
Anda tidak perlu untuk membuang atau uninstall apps kegemaran anda, cuma perlu download aplikasi “Lizard in phone” di Google “PlayStore”.
Kemudian aktifkan atau buka Apps ni kat Phone korang.. maka phone screen akan muncullah serangga-serangga ni siap bergerak dan berbunyi2 lagi. Huhu.
Sumber- OdenRunner Skudai
Antara Aplikasi Lain Yang Boleh Anda Cuba
1.Fake App Crash di Android
Aplikasi ini merupakan aplikasi untuk melindungi smartphone anda untuk lebih selamat ketika ada orang lain mencuba membuka kunci password. Jadi ketika ada orang lain mencuba membuka smartphone anda dan salah memasukkan password, maka apps ini akan membuat smartphone anda kelihatan rosak, seperti muncul error mesej dan sebagainya.
2.Mematikan Koneksi WiFi Orang Lain di Android
Jika anda dan rakan menggunakan koneksi WiFi yang sama, anda boleh menggunakan Apps Wifi Kill untuk memutuskan jaringan tersebut dan rakan anda tidak akan dapat sambungan internet. Selain itu, aplikasi ini juga dapat mencuri bandwidth orang lain yang juga akan membuatkan mereka tidak dapat akses internet.
3.Notifikasi Status Bateri Habis Palsu di Android
Applikasi ini sangat berguna jika anda mempunyai adik-adik kecil yang suka bermain handphone anda. Dengan mengunakan aplikasi ini anda hanya perlu menujukkan notifikasi palsu ini dan mereka tidak akan meminta untuk bermain dengan handphone anda kerana meyangka bateri akan habis.
Kesemua aplikasi yang disenaraikan boleh di download di Google”PlayStore” android. Diharapkan posting ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih berkesan.
Selamat Mencuba!