Saiz Kabinet Akan Dikecilkan, Pengurangan Gaji Dalam Proses – DS Anwar Ibrahim


Seperti yang kita sedia maklum, semalam merupakan tarikh keramat bagi DS Anwar Ibrahim apabila beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke 10. Begitu juga dengan segelintir rakyat Malaysia, ada daripada mereka yang berasa terkejut serta bahagia dengan keputusan tersebut.

Baru sehari beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia, harga saham semakin meningkat dan pastinya ia menjadi bualan. Bukan sahaja isu tersebut, timbul juga isu berkenaan dengan harga minyak yang dikatakan bakal turun selepas sehari beliau menjadi PM.

Walaubagaimanapun, harga minyak turun tidak dijanjikan oleh beliau pada Pilihan Raya Umum yang ke 15 ini. Namun beliau ada berjanji baru-baru ini, akan menolak gaji dan elaun Perdana Menteri sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Saiz Kabinet Akan Dikecilkan, Pengurangan Gaji Dalam Proses – DS Anwar Ibrahim

Semalam, beliau mengotakan semua yang pernah dijanjikannya. Selain menolak gaji Perdana Menteri, beliau juga akan kecilkan saiz kabinet. Hal tersebut dinyatakan oleh beliau pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menerusi laporan Malaysia Kini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan merujuk kepada setiap gabungan yang bersetuju membentuk kerajaan perpaduan untuk senarai calon menteri kabinet mereka.

“Kita kena faham kerajaan perpaduan bermakna seorang Perdana Menteri mesti merujuk kepada setiap parti dan mereka akan mencadangkan nama, saya mesti memberi pertimbangan sedemikian,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga meminta ahli-ahli kabinet baru untuk bersetuju dengan usul pengurangkan gaji mereka.

“Dan saya juga minta supaya ahli-ahli kabinet baru setuju dengan usul mengurangkan gaji mereka tapi ini dalam proses diputuskan dan persediaan, akan dilaksanakan secepat mungkin,” tambahnya.

saiz kabinet

Untuk makluman, kabinet Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini terdiri daripada 31 menteri termasuklah 38 timbalan menteri dan empat menteri kanan. Datuk Seri Ismail Sabri mengekalkan kebanyakan menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah dikritik gara-gara mempunyai kabinet besar dengan 70 menteri dan timbalan menteri.

Pastinya ini adalah tindakan terbaik dari Perdana Menteri terbaharu kita, semoga dengan tindakan dan janji yang dikotakan, Malaysia akan menjadi lebih baik dan tenteram.

Sumber: Malaysia Kini 

Baca juga: Presiden Indonesia, Presiden Pertama Ucap Tahniah Kepada Datuk Seri Anwar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat