Wajib Standby Waktu Covid, Ahli Ini Farmasi Kongsikan Jenis-Jenis Ubat Batuk Yang Berkesan di Pasaran Mengikut Keperluan


Meskipun negara kini sedang beralih ke fasa endemik bermula awal bulan ini, namun penularan wabak Covid-19 masih belum reda. Tambahan pula, cuaca yang tidak menentu ketika ini membuatkan ramai orang mudah terkena batuk.

Masalah batuk boleh membuatkan urusan harian kita terganggu kerana ia boleh datang bersama gejala lain seperti kahak, selsema, dan sakit tekak.

Batuk juga boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Oleh itu, anda perlulah standby ubat batuk untuk kegunaan kecemasan di rumah.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada banyak jenis ubat batuk yang ada di pasaran? Fungsinya juga berbeza mengikut jenis.

Untuk beli ubat batuk yang berkesan serta menepati keperluan anda, seorang ahli farmasi telah tampil di laman TikTok untuk berkongsi empat jenis batuk serta fungsinya kepada orang ramai.

Jenis Ubat Batuk Yang Berkesan Serta Fungsinya

1. Tusidex Forte Linctus

Ubat batuk ini berfungsi untuk hentikan batuk kering. Ia juga sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis kerana tiada kandungan gula.

ubat batuk yang berkesan

2. Cough-en Linctus

Untuk hentikan batuk kering, hidung berair dan tersumbat, anda boleh dapatkan ubat batuk Cough-en Linctus.

Ia juga sesuai diambil untuk redakan masalah mata berair dan gatal.

ubat batuk yang berkesan

3. Uphadyl Forte

Ubat batuk ini pula sesuai untuk melegakan batuk berkahak secara berkesan. Selain mencairkan kahak, ia juga berfungsi untuk melegakan sakit tekak, selsema dan alahan.

ubat batuk yang berkesan

4. Mucolix Elixir

Mucolix Elixir pula merupakan ubat batuk yang berkesan untuk cairkan kahak. Barulah batuk anda cepat reda.

ubat batuk yang berkesan

Selain empat jenis ubat ini, terdapat banyak jenis ubat batuk yang boleh didapati di klinik dan farmasi. Jadi, anda perlulah pilih yang paling sesuai mengikut keperluan kesihatan anda.

Bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan lain, anda juga perlu pastikan bahawa ubat yang ingin dibeli tidak mempunyai sebarang kandungan yang tidak.

Untuk dapatkan kepastian, anda disarankan untuk dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Bagi yang sudah ikhtiar pelbagai cara untuk legakan batuk namun tidak reda, sila dapatkan rawatan lanjut daripada doktor untuk kenalpasti masalah kesihatan yang dihadapi.

Sumber : TikTok Amir Said

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat