Bila Dah Hilang Kepentingan Diri , Baru Nak Cari Tuhan
MENGAPA BILA DAH BERSARA BARU BERCAKAP KEBENARAN AGAMA
Berbual dengan seorang kenalan yg juga sudah bersara dan menjalani rawatan dailisis,dia berkata,
“Setelah pencen dan sakit macam ni baru saya terasa diri dekat dengan Allah,melihat kebenaran jalan agama.Saya selalu bertanya diri,kenapa dari dulu saya tidak merasakan hal ini”.
Secara mudah,kita sekalu melihat orang yg bersara mula mendekati masjid,kerja kebajikan,berubah pakaian,penampilan yg nampak lebih kearah beragama.Ketua polis negara yg besara yg dulunya kerja tangkap orang,bercakap agama,bila bersara bercakap kebenaran agama bahkan senada orang yg dulunya disumbat ke kem tahanan.Menteri yg dulunya berdegar mengutuk orang memperjuang agama,kini bangun berdiri satu saf dg orang yg perjuangkan agama bila bersara.Bahkan bekas perdana menteri yg dulunya penuh dengan sepak terajang untuk mengalahkan golongan yg cuba menegak kebenaran agama kini,bercakap tentang kesucian agama,kebenaran dan mensgih simpati golongan memperjuang agama untuk menumbangkan kerajaan yg ditinggalkannya dulu.
Hakikatnya ialah manusia akan kembali kepada Allah,kepada kebenaran bila mereka hilang kepentingan.Benteng utama yg menghalang mereka melihat kebenaran ialah kepentingan diri iaitu jawatan yg dipegang.Seorang kawan saya yg jadi JKK dulunya jadi hulubalang menegah ceramah di masjid,tetapi kini bila bersara dia yg jemput orang berceramah di masjid.Hakikatnya sudah tak jd JKK.Tetapi ada ustaz dan ustazah yg dulu di pentas forum perdana ehwal islam bercakap kesyumulan Islam,tetapi bila dah jadi menteri,nada percakapan pun berubah seirama dg perubahan penampilan dan rumah bagai istana..Begitulah beberapa ikan besar dlm jawatan polis yg mendedah berbabagai salahlaku hanya setelah tidak berkuasa lagi,telah hilang kepentingan .
Marilah kita muhasabah dan mengambil iktibar.Alha dulillah mereka yg saya sebut diatas masih sempat kembali kpd kebenaran.Kepada mereka yg masih punya kuasa,ambillah iktibar untuk melihat jalan yg benar dg merendahkan benteng kepentingan diri dan jawatan.Lihatlah pada diri kita,apakah apa yg kita buat hari ini lebih mendahulukan jawatan atau agama.Kepada anda yg hairan mengapa mereka ini tidak dapat melihat kebenaran yg dibawa oleh agama,tidak lain mereka ditenggelami oleh jawatan dan kuasa yg mereka miliki.Suatu hari nanti,Datuk Nazri Aziz yg sangat benci kepada hudud,akan bercakap kebenaran hudud insyaallah bila ia hilang jawatan menteri,bila usia tua menjengah dan bila mulut tidak boleh disuap sebarangan.
Kita akan mudah mendekati Allah bila tidak ada kepentingan diri,bila hati diserah sepenuhnya kpd Allah.Gunakan kuasa dan kedudukan untuk berbuat baik,berbuat kebajikan .Gunakan apa yg kita miliki untuk membina jalan kesyurga bukan untuk membina rumah seluas istana,membina kekayaan segunung emas.Kalau orang bertanya saya mengapa cikgu buat banyak kerja kebajijan,saya pun akan menjawab saya sudah tidak ada kepentingan diri,kuasa sudah tiada,makan terbatas,perjalanan terbatas dan kesihatan juga tidak seperti dulu.tapui ssya bersyukur jerana masih ada kesemoatan utk berubah.Sebab tu saya tulis banyak perkara untuk mengajak orang lain berubah.