Tahukah Anda? Makanan Anda Yang Paling Femes Ini Dari Bahan Buangan?

Sumber Rujukan : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Perkongsian Khanafi Mohd. Memang kita kalah dengan nafsu sendiri.

Ada apa dengan Nugget?

Nugget & sosej adalah 2 makanan kategori sampah. Jika kita menikmati keseluruhan proses pembuatannya dengan melihat bahan – bahan yang digunakan pastinya terdetik dalam minda “siapa lah kebulur sangat nak makan benda ini, geli lah”.

Ajaibnya setelah sampai ke peringkat akhir pembungkusan dan berada di dalam peti sejuk beku pasaraya seluruh dunia, ia bertukar menjadi makanan pilihan kerana selama ini kita hanya kenal & menikmati rasanya yang enak (pastinya kesan dari perisa, gula & garam berlebihan) tanpa pernah melihat proses kejadian asal.

Di dalam industri seboleh – bolehnya tidak ada bahan buangan. Jika ada sekalipun, ia hanya menjadi bahan buangan kilang A dan dalam masa yang sama kilang B menjadikannya bahan utama produk mereka.

40% sahaja daging. Selebihnya apa? Selebihnya adalah organ dalaman, lemak, tulang, tepung dan pelbagai lagi bahan lain. Ditambah dengan pelbagai bahan kimia tersebut turut digunakan dalam industri kosmetik, dalam shampoo hakta dalam tiles yang sedang anda pijak itu.

 

Dimethylpolysiloxane atau Polydimethylsiloxane (PDMS)  adalah antaranya. Pastinya ramai tertanya – tanya apa bahan ini tapi jika disebut SILIKON pasti ramai akan berkata “oooooo” dengan 6 harakat.

Dalam shampoo fungsi PDMS ini ialah untuk menjadikan hasil rambut tampak berkilat dan licin (supaya model iklan boleh melibas – libas rambutnya). Dalam industri makanan pula digunakan untuk mengelakkan bahan – bahan bergumpal (antifoaming agent).

Perisa, pewarna, gula & garam adalah perencah yang ditambah bagi menghasilkan rasa ketagihan. Gula sebagaimana ramai yang tahu kesan ketagihannya 8x lebih berbanding kokain.

Sekali lagi fakta “8x lebih ketagih” tidak memberi apa – apa makna kerana gula dilabel HALAL. Tidak menimbulkan rasa jijik sebagaimana bila disebut DADAH. Malah masih ramai memaksa anak – anak minum minuman bergula kerana menganut fahaman mazhab “tubuh wajib memerlukan GULA” (rakyat faham GULA PASIR) untuk kekal bertenaga.

 

Kesan ketagihan ini dapat dilihat sebaik sahaja pada gigitan pertama. Kemudian selagi tidak habis di dalam pinggan, otak memberi isyarat mahu, mahu, mahu dan mahu lagi. Maka membesarlah anak yang comel bagaikan JUARA menjadi JALUR LEBAR.

Begitulah sebahagian cerita nugget. Jika mahu dirungkai satu persatu nescaya memerlukan beberapa hari.

Namun, ujian nafsu & selera itu teramat berat. Korang lupa ke Nabi Adam manusia pertama dan ujian pertama kepada manusia ialah MAKAN?

Jadi kita kena mengerti la kenapa masih ada yang berpegang pada sandaran “Ala sekali sekalaa apa salahnya”. Kan!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat