Pengantin Baru Ditemui Tak Bernyawa Di Bilik Hotel, Dipercayai Terlebih Makan Ubat Kuat 


Bagi mereka yang baru sahaja menamatkan zaman bujang ataupun dipanggil dengan gelaran pengantin baru, pastinya ada pasangan yang memilih untuk bercuti ataupun menginap di hotel. Hal tersebut bagi memastikan momen-momen bersama berdua lebih indah dan tenteram tanpa gangguan dari mana-mana pihak.

Bab kata orang putih pula honeymoon. Selain resort, hotel juga merupakan salah satu pilihan utama bagi pengantin baru. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi pasti akan memilih hotel yang mewah dan begitu juga sebaliknya.

pengantin baru

Pengantin Baru Ditemui Tak Bernyawa Di Bilik Hotel, Dipercayai Terlebih Makan Ubat Kuat

Berkait rapat dengan pengantin baru ini, pada Selasa, 03 Oktober yang lepas, Indonesia dikejutkan dengan kematian pengantin baru yang menginap di sebuah hotel di Karanganyar. Menurut Jogja Tribunnews, pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan itu telah mendaftar masuk hotel berkenaan pada 1 Oktober dan sepatutnya mendaftar keluar pada 03 Oktober.

Membimbangkan kerana pasangan tersebut tidak mendaftar keluar. Selepas tiada daftar keluar dari pasangan ini, pihak kakitangan hotel cuba menghubungi kedua-duanya namun gagal. Ekoran itu, kakitangan hotel tersebut telah melakukan pemeriksaan di bilik yang didiami oleh pasangan ini.

Namun sungguh mengejutkan apabila pemeriksaan dilakukan, mereka mendapati pasangan pengantin baru ini sudah lagi tidak bernyawa. Lebih mendukacitakan lagi adalah mayat kedua-duanya mula mengeluarkan bau.

Menurut Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti, setelah bedah siasat dilakukan, mereka mendapati tiada apa-apa tanda kekerasan pada tubuh badan pasangan ini.

Menurutnya lagi, kedua-dua pasangan ini meninggal dunia kerana disyaki mengambil terlampau banyak ubat kuat yang mana menyebabkan denyut jantung laju dan pembuluh darah pecah.

Punca kematian ini juga kuat mengatakan ianya berpunca dari ubat kuat setelah sisa ubat kuat yang diminum pasangan ini ditemukan di bilik hotel tersebut. Sebotol ubat kuat ditemukan tidak berisi dan satu strip kelihatan sudah digunakan.

Walauapapun takdir Allah yang menetapkan semuanya. Semoga pasangan suami isteri ini ditempatkan ditempat yang terbaik di sana. Moga-moga juga Allah ampunkan segala dosa-dosa mereka.

Sumber: Tribun Jogja

Baca juga: “Kifarah..” Aniaya Isteri, Rizky Billar Bukan Sahaja Dibenci Namun Turut Dibanned Stesen TV Indonesia 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat