5 Keajaiban Alam Semulajadi Yang Menakjubkan
Bagi sesiapa yang suka travel ni melihat pemandangan yang indah dan menakjubkan untuk pertama kali merupakan satu kenikmatan apabila dapat menjelajah ke tempat orang yang sukar di gambarkan. Jika anda mempunyai rancangan untuk mengembara, Jom jadikan tempat-tempat ini sebagai destinasi anda kerana ia mempunyai kejaiban alam semulajadi yang tidak tergambar sehingga anda melihatnya sendiri.
Berikut merupakan 5 keindahan alam semulajadi yang perlu anda tengok dengan mata sendiri.
1. Aorora borealis, Kiruna, Sweden
Pemandangan yang mengujakan ini sepatutnya berada dalam senarai yang wajib di kunjungi oleh mereka yang cintakan semulajadi. Fenomena ini terjadi apabila partikel yang bercas daripada matahari bergerak pada kelajuan 1.4 juta km/h, berlanggar dengan medan megnatik bumi. Di katakan yang cahaya Aurora ini mula untuk pudar. Masa yang terbaik untuk melihat Aurora adalah pada bulan November dan Mac di Alaska, Canada, dan juga Scotland.
2. Taman Negara Yellowstone, Wyoming, USA
Taman Negara Yellowstone mempunyai banyak tempat-tempat yang menakjubkan untuk di lihat, dari Air Terjun Grand Canyon sehinggalah ‘Old Faithful’ geyser yang terkenal. Tetapi, agak sukar untuk anda terlepas pandang warna-warna yang berkilau di Grand Prismatic Spring, yang juga merupakan kolam air panas terbesar di USA. Spektrum warna yang terjadi di sebabkan oleh kepelbagaian bakteria yang juga menunjukkan perbezaan suhu air.
3. Waitomma Glowworm Cave, New Zealand
Melihat pada gambar yang diambil mungkin ada fikir ianya adalah efek khas dalam filem hollywood, Waitomma Glowworm Cave yang terletak di North Island, New Zealand ini terkenal di sebabkan oleh bende yang bercahaya dalam gua yang di kenali sebagai Arachnochampa luminosa. Cacing yang hanya sebesar nyamuk ini bersifat luminescent(bercahaya) dalam bentuk larva dan juga bila dewasa senuhnya.
4. The Marble Cathedral di General Carrera Lake, Patogania, Chile
Tasik ini sebenarnya di kongsi oleh dua buah negara iaitu Chile dan Argantina, dan di sebabkan itu juga ianya mempunyai dua nama, General Carrera Lake dan Lake Buenos Aires. Gabungan warna turquoise, emerald, aquamarine dan azure membuatkan dinding gua ini begitu menakjubkan.
5. Crystal Caves di Skaftafell, Iceland
Seperti namanya Crystal Caves akan membuatkan anda kagum dengan refleksi, refraksi dan transparensi dinding gua ini. Walaubagaimanapun gua terletak dalam kondisi cuaca yang ekstrim di Iceland tidak dapat dilihat di sebabkan oleh pencairan ais.