Jenis Batuk Dan Cara Rawatannya

Sumber Rujukan : Dr. Kamarul Ariffin

Batuk  merupakan satu simptom kesihatan yang bukan sahaja menyebabkan diri kita tidak selesa, malah turut boleh menyebabkan orang lain di sekelilin kita terganggu dan juga mempunyai beberapa jenis batuk.

Sekarang ni musim batuk. Batuk ada macam-macam jenis dan ubatnya ada macam-macam. Mana yang sesuai?

1.Batuk Kering

Batuk kering atau juga dikenali sebagai Tuberkulosis (TB) merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium Tuberculosis yang selalunya menjangkiti  paru-paru kita. Selain menjangkiti paru-paru, bakteria ini juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti tulang, sendi, organ pembiakan dan perkumuhan, usus, kulit, selaput otak (tuberculous meningitis) dan lain-lain. Faktor-faktor lain yang menyebabkan penyalit ini ialah:

  • Jangkitan virus di tekak
  • Asma
  • Habuk/jerebu/bahan kimia
  • Rokok

2.Batuk Berkahak

Batuk juga menyebabkan terdapatnya kahak pada bahagian dalam leher. Hal ini menyebabkan kita berasa tidak selesa dan juga mempengaruhi keselesaan orang sekeliling kita. Biasanya batuk ini berpunca daripada:

  • Jangkitan bakteria di tekak
  • Iritasi bendasing
  • Bronkoektasis
  • Pnemonia

RAWATAN DI RUMAH

Anda boleh merawat batuk anda secara sendiri tanpa berjumpa doktor sekiranya batuk anda tidak terlalu teruk. Banyak kaedah untuk anda sendiri gunakan bagi mengurangkan batuk yang anda alami.

  • Perbanyakkan minum air
  • Elakkan makanan pedas & berminyak
  • Elakkan kopi dan minuman beralkohol
  • Ambil buah (Vitamin C) dan madu
  • Ambil ubat batuk dibeli di farmasi
  • Ambil lozenge
  • Berhenti merokok
  • Pakai topeng muka

BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

  1. Bila batuk anda tidak berkurang selepas 3 hari.
  2. Kahak terlalu pekat/banyak/kuning/hijau/berdarah.
  3. Sesak dada. Mungkin asma, jangkitan paru-paru atau paru-paru berair
  4. Bunyi kokol disebabkan Pertusisis. Batuk menyalak (barking) disebabkan oleh Diptheria.

JENIS-JENIS UBAT BATUK

1. Expectorant (penyingkir kahak)

  • Sesuai untuk batuk berkahak
  • Contoh: Mucolix, Bisolvon

2. Antitussive (hambat batuk)

  • Sesuai batuk kering
  • Contoh: Copastin, Codeine, Benadryl

3. Anti-asthmatic (ubat lelah)

  • Untuk batuk asma
  • Contoh: Ventolin, Bricanyl

4. Decongestant (ubat selsema)

  • Hingus mengalir ke belakang(post nasal drip) boleh sebabkan batuk
  • Contoh: Loratadine, Clarinase, Actifed

5. Antibiotik

  • Diberi jika doktor mengesyaki anda ada jangkitan bakteria

6. Lozenge

  • Pelega tekak gatal
  • Contoh: Troches

Jika rawatan inisiatif yang anda lakukan di rumah tidak mujarab, jangan tunggu lama untuk melawat doktor. Tidak semua batuk perlukan antibiotik kerana tidak semua batuk disebabkan jangkitan bakteria. Jangan biarkan batuk anda melarat dan menjadi kritikal baru anda mengambil tindakan. Mungkin pada masa itu anda sudah terlambat untuk bertindak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat