Tun Mahathir: Penjawat awam bakal diserap ke sektor swasta


Teka teki berkenaan dengan nasib penjawat awam hari ini terjawab sudah.

Sebelum ini Pakatan Harapan mengatakan jumlah penjawat awam terlalu ramai iaitu seramai sejuta orang dan akan dikurangkan bagi memastikan perbelanjaan negara terkawal dan kembali pulih.

Perdana Menteri, Tun Dr Mohamad memberi jaminan penjawat awam tidak akan dikurangkan meskipun jumlah kementerian dikecilkan tetapi akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi termasuk ke sektor swasta.

“Kita tidak akan gugurkan mereka (penjawat awam) selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan, kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka ini di jabatan lain dan juga agensi lain.

“Penjawat awam yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan,”katanya.

Dalam pada itu beberapa kementerian akan digugurkan seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Oleh kerana bilangan kementerian dikecilkan, Ketua Setiausaha juga akan berkurangan,”katanya.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir berkata, dasar kerajaan terdahulu akan dikaji semula termasuk agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta beberapa agenda lain ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat