Kenapa Tommy Thomas Menjadi Pilihan Kabinet
Sekarang baru saya faham. Tommy Thomas menjadi pilihan Kabinet kerana dia adalah peguam yang paling berpengalaman dan berwibawa untuk memastikan Najib dan kroninya dapat disabitkan kesalahan dalam kes 1MDB. Kepakaran Tommy Thomas ini dalam undang-undang dan perlembagaan boleh dilihat sama seperti kepakaran ahli Council of Elders dalam bidang ekonomi dan kewangan. That is how highly respected, knowledgeable and experienced he is.
Kes 1MDB ini sangat kompleks dan Najib dan kroninya sudah pun memulakan percaturan awal untuk memastikan mereka dapat mengagalkan pendakwaan. Najib sudahpun menggunakan khidmat bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, John Ashcroft untuk mewakilinya. Jika Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya Negara gagal dalam kes 1MDB ini, Najib dan kuncu-kuncunya akan terlepas begitu sahaja. Dan inilah yang Najib dah mula buat. Perasan tak status-status FB Najib Razak sejak kebelakangan ni macam berilmiah dan cerdik sikit? Ini salah satu strategi dia untuk menang dalam kes 1MDB.
Jadi, kriteria penting disebalik perlantikan Peguam Negara ini ialah pendakwaan Kerajaan Malaysia terhadap Najib dalam kes 1MDB ini. Kerana krisis ini adalah skandal kewangan paling besar di DUNIA. But being Malay and Muslim Malaysians, we always talk about race and religion first.
Dan sekarang ni kita boleh faham tak? Sepatutnya sebagai orang Islam, kita soal semula diri kita – Kenapa tidak ada orang Melayu Islam yang sehebat dan setanding Tommy Thomas? Di mana kita orang Melayu Islam ini apabila diperlukan untuk selamatkan dan bantu negara?