Lima Telefon Paling Berkuasa Di Dunia

Sumber Rujukan : Xavier Naxa

Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lepas, demikian menurut kajian organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GfK. Terminal Jualan GfK menunjukkan peningkatan jualan ketara daripada RM5.4 bilion pada 2015, dengan kenaikan terbesar disumbangkan oleh model telefon pintar pertengahan yang berharga di antara RM900 ke RM1,050, kata pengarah urusan organisasi itu bagi Asia Tenggara, Stanley Kee dalam satu kenyataan. Beliau berkata rekod itu dibuat bermula Mac 2016 hingga Februari 2017. Berikut adalah tulisan seorang saudara kita tentang jualan telefon pintar yang terlaris pada sehingga hari ini.

Jika anda seorang peminat setia telefon pintar sudah tentu anda ingin mengetahui peranti manakah yang paing banyak dijual di seluruh dunia. Berdasarkan tajuk yang saya tulis, maksud berkuasa bukanlah merujuk kepada prestasi telefon pintar. Namun, ia diterjemahkan kepada peranti yang paling banyak dijual seterusnya menjadi antara peranti paling diminati oleh pengguna seluruh dunia.

Berdasarkan ulasan sebelum ini, saya pernah memaklumkan bahawa iPhone 6 / iPhone 6 Plus merupakan telefon pintar paling berkuasa di dunia dengan nilai jualan sebanyak 220 juta unit. Namun, selain iPhone 6 / iPhone 6Plus telefon pintar manakah yang telah berjaya menarik perhatian pengguna untuk membeli peranti pintar ini. Berikut merupakan senarai lima peranti paling berkuasa di dunia.

 

No.5 (iPhone 4S)

iPhone 4S merupakan antara telefon pintar yang paling popular dan ia merupakan antara peranti terakhir yang diterajui oleh Steve Jobs. iPhone 4S merupakan peranti generasi kelima dan dikuasakan dengan cip Apple Apple A5.

Dari segi jualan, iPhone 4S telah menerima tempahan awal sebanyak 4 juta unit dalam tempoh tiga hari sahaja dan jumlah jualan bagi peranti ini dianggarkan sekitar 60 juta unit. iPhone 4S telah ditamatkan akhir 2014 di kebanyakkan negara dan iOS 9.3.5 merupakan sistem operasi terakhir bagi peranti ini. iPhone 4S juga merupakan peranti terawal yang menyokong sistem SIRI yang telah menjadi satu fenomena baharu dalam dunia teknologi pada ketika itu.

 

No.4 (Samsung Galaxy S3)

Samsung Galaxy S3 merupakan peranti fakgship Samsung dan telah dilancarkan pada tahun 2015. Berdasarkan rekod telefon pintar ini berjaya menerima tempahan awal sebanyak 9 juta unit dan jumlah keseluruhan jualan Samsung S3 adalah sekitar 60-70 juta unit. Samsung S3 menggunakan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich dan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 400 / Samsung Exynos 4 Quad (GT-I9300).

 

No.3 (iPhone 5)

iPhone 5 merupakan telefon pintar generasi ke 6 dan merupakan antara telefon pintar paling popular pada ketika itu. Tidak hairanlah Apple masih menggunakan rekaan iPhone 5 untuk digunakan pada iPhone SE. iPhone 5 ini secara rasmi telah ditamatkan pengeluaran pada September 2013.

iPhone 5 telah berjaya dijual sebanyak 2 juta unit dalam tempoh 24 jam selepas pembukaan pra tempahan. Mengikut rekod iPhon 5 dianggarkan dijual sebanyak lebih 70 juta unit. iPhone 5 didatangkan bersama iOS 6 dan iOS 10.3.3 merupakan iOS terakhir bagi peranti ini. iPhone 5 dikuasakan dengan Apple A6 dengan RAM 1GB.

 

No.2 (Samsung Galaxy S4)

Samsung Galaxy S4 merupakan telefon pintar yang dilancarkan oleh Samsung pada April 2013. Mengikut rekod Samsung Galxy S4 telah berjaya dijual sebanyak 40 juta unit dalam tempoh 6 bulan sahaja dan jumlah jualan bagi peranti ini dianggarkan sekitar 80 juta unit. Samsung Galaxy S4 merupakan kesinambungan dari model Samsung Galaxy S3 dan menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean sebangai sistem operasi mereka.

 

No.1 (iPhone 6 / iPhone 6 Plus)

Jika anda pernah membaca ulasan saya sebelum ini, saya pernah menerbitkan artikel berhubung peranti ini dan rasanya tidak perlulah saya perincikan lagi. iPhone 6 / iPhone 6 Plus merupakan iPhone generasi ke-8 dan merupakan telefon pintar paling berkuasa di di dunia. Berdasarkan rekod, jualan iPhone 6 / iPhone 6 Plus mencapai sehingga 10 juta unit dalam tempoh seminggi pembukaan dan mencapai jumlah jualan sehingga 220 juta.

Setakat ini angka yang dicapai oleh iPhone 6 / iPhone 6 Plus sangat jauh untuk dicapai dan saya anggap ia peranti popular sepanjang zaman. iPhone 6 / iPhone 6 Plus merupakan peranti pertama yang menggunakan saiz skrin 4.7inci dan 5.5 inci. Serta menggunakan rekaan yang sangat berlainan dengan iPhone terdahulu. ironinya, jika dilihat pada rekod yang dicapai nampaknya Samsung dan Apple sahaja yang mampu menarik minat pengguna untuk membeli peranti mereka.

Hakikatnya Samsung cukup bertuah memandangkan syarikat mereka mangambil peluang dari teknologi yang diperkenalkan oleh Apple. Jika dilihat Microsoft dan Google masih belum memikirkan untuk membangunkan telefon pintar mereka sendiri. Walaupun Google telah membeli Motorola, namun tiada inovasi yang menarik semasa Google mengambil alih Motorola. Microsoft juga boleh dianggap syarikat yang tewas dalam membangunkan peranti pintar mereka sendiri. Tidak hairanlah Pasaran Windows 10 Mobile dan Lumia/Microsoft Phone sangat rendah.

Di era 90an Microsoft boleh boleh dianggap antara syarikat yang kalis dari segala masalah.Tidak hairalah Apple pada ketika itu sangat memerlukan dana untuk mereka kembali bernafas. Microsoft antara syarikat yang membantu Apple untuk terus bernafas setelah Steve Jobs kembali mentadbir Apple. Hakikatnya, Microsoft mula jatuh di era Steve Ballmer. Banyak ulasan saya berkaitan kegagalan Steve Ballmer dalam mengemudi Microsoft. Microsoft mempunyai dana yang banyak. Tapi mereka tidak menggunakan dana tersebut sebaik-baiknya. Google dan Samsung mula naik disebabkan mereka mengikut tred semasa.

Semasa Apple berjaya dengan menjual iPhone, Samsung turut tidak lepaskan peluang dengan menghasilkan telefon flagship mereka. Google juga turut menghasilan Android untuk melawan iOS. Sejak itulah Google, Apple dan Samsung naik. Dan Microsoft baru mula menghasilkan Lumia dan Surface. Pada ketika itu, pengguna sudah memilih iOS dan android sebagai sistem operasi telefon pintar. Apa pun, ia terpulang kepada anda untuk memilih peranti manakah yang terbaik. Ini merupakan artikel saya yang terakhir untuk hari ini memandangkan sudah banyak saya terbitkan untuk hari ini.

Mungkin terdapat segelintir pembaca keliru maksud berkuasa. Namun, jika anda baca di peranggan awal telah dijelaskan mengapa saya perkataan berkuasa. Anda boleh menterjemah dalam pelbagai makna bergantung kepada kesesuaian anda. Saya memaklumkan perkara ini memandangkan terdapat pembaca yang tidak berpuas hati dengan perkataan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat