Semalam Mustapa Mohamed Menyertai BERSATU, Hari Ini Sudah Mengadakan Diskusi Dan Berdialog


Mustapa Mohamed

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira selepas menerima kemasukan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam partinya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu, pihaknya memberi masa kepada Mustapa sebelum melihat pendiriannya sebelum menerima masuk bekas tokoh UMNO itu.

“Pertama saya amat suka kerana menerima keahlian bekas tokoh UMNO, kita memberi masa kepadanya untuk memberi Ahli Parlimen bebas dan melihat pendiriannya dan bersetuju, dia layak untuk jadi ahli bersatu,” katanya semasa sidang media selepas mesyuarat parti itu di sini, hari ini.

Sementara itu Mustapa mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Bersatu yang menerima kemasukannya di dalam parti itu. “Terima kasih Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan ini menyokong langkah-langkah Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, usaha ini amat penting, melestari dan membantu di samping memberi manfaat kepada segenap rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tok Pa yang baru sahaja menyertai BERSAtu semalam sudah mengadang diskusi dan dialog. Diskusi dan dialog ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuklah Mid Term Review RMK 11. Diskusi dan dialog yang diadakan adalah berkonsepkan santai.

Kredit Video: AgilFaisal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat