Gaji Setiap 20kg Lokan Akan Dibayar RM20
Dalam ekonomi yang tidak menentu dengan tekanan kerja yang sukar untuk mencari. Namun, Rizal Randi, 19, yang menjadikan aktiviti mencari serta mengutip lokan sebagai sumber pendapatan. Rizal yang telah bekerja mengambil upah mengutip lokan sejak tiga tahun lalu.
Walaupun terpaksa mengharungi lumpur tebal namun, kawasan paya bakau seperti sudah terbiasa setiap hari demi mencari rezeki bagi membantu keluarga. Rutin harianya bangun 5.30 pagi sebelum bersiap dan menunggu majikan datang menjemput di rumah, bersama adik lelaki serta lima lagi rakan dari 6.30 pagi sehingga 3 petang.
Lokasi pencarian lokan ditentukan majikan kerana adakalanya hasil lokan di sesebuah kawasan ini tidak menentu. Dia mampu memperoleh kira-kira 140 kilogram (kg) lokan bersamaan tujuh baldi dengan berat 20 kg setiap baldi dalam sehari jika lokasi pencarian itu adalah lubuk lokan.Setiap 20kg mereka akan dibayar RM20 mengikut jumlah yang diperoleh.
“Mereka juga berdepan risiko dipatuk atau disengat haiwan berbisa termasuk ular dan lipan, selain kemungkinan terpijak tunggul tajam dan duri”. “Pekerjaan ini memerlukan tenaga yang banyak kerana terpaksa mengharungi selut dan lumpur yang agak dalam”. Menurut Tino Yassin rakan kepada Rizal.