“Boleh ibu gunakan nama saya untuk baby baru jika saya mati?”- Xiao Yue
Amat menyedihkan!
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun telah melalui pembedahan untuk membuang tumor di dalam otaknya. Nasib tidak menyebelahinya, kerana dia telah koma dan ayat akhirnya membuat ramai orang tersentuh, bukan sahaja ibu bapanya.
Mengikut sebuah artikel berbahasa Cina, budak kecil yang dikenali Xiao Yue Yue, pada mulanya merasa pening dan sering muntah-muntah di rumahnya pada bulan Mei. Ibu bapanya merasa itu adalah hanya demam biasa, tetapi sebenarnya simptom itu disebabkan oleh tumor di dalam otaknya.
Terdesak untuk menyelamatkan anak mereka, ibu bapa kepada Xiao Yue Yue ini membawanya ke Nanjing dan kemudiannya ke Shanghai untuk perubatan. Nasib yang telah menimpa kanak-kanak ini telah mencecah sehingga 200,000 Yuan (RM127,000) kerana Yue Yue telah berada di dalam Intensive Care Unit (ICU) selama 20 hari.
Bapa saudara Yue Yue telah meminta derma dari orang ramai secara crowdfunding yang telah mendapat sambutan seluruh dunia. Dalam masa beberapa hari, 160,000 Yuan (RM101,590) telah dapat dikumpul oleh masyarakat seluruh dunia dan masih aktif.
Pada 21 Jun, Yue Yue menjalani pembedahan tetapi sebelum dia masuk ke dewan pembedahan itu, Yue Yue meninggalkan permintaan untuk ibu bapanya,
“Jika saya mati di dalam sana, boleh tak mama dan papa namakan baby baru dengan nama saya? Saya takut mama dan papa akan lupakan saya.”
Ibu bapanya juga telah berjanji untuk memulangkan balik duit daripada penderma selepas dia pulih.
Malangnya, Yue Yue gagal di dalam pertarungannya menentang kanser tersebut kerana dia tidak lagi bangun setelah pembedahan tersebut dan ayat akhirnya menjadi sebuah wasiat.
Memegang perjanjian yang telah dibuat kepada Yue Yue, ayahnya telah memulangkan duit duit kepada pendermanya kembali. Walaupun banyak penderma tidak mahu mengambil balik duit tersebut, ayah Yue Yue memaksa mereka untuk menerima balik duit yang telah dipinjamnya kerana dia telah berjanji kepada Yue Yue.
Ayahnya berasa tersentuh apabila segelintir netizen tidak mahu mempercayai yang mana Yue Yue telah pergi selamanya. Ada yang meninggalkan komen,“Adakah kerana jumlah dermaan kami terlalu sedikit?” Ramai netizen menangis mengetahui tentang kematian Yue Yue.
Semoga Yue Yue tenang disana. Sama-sama kita mencegah kanser supaya ia tidak lagi meragut nyawa orang ramai.