The False 9 Dalam Bola Sepak


False 9

False 9. Istilah sering kita dengari dan sudah cukup akrab bagi peminat bolasepak dan pemain. Namun adakah anda faham apa itu taktik “The False 9”?.

Sebagaimana yang anda taktikal ini menjadi mimpi ngeri buat pemain pertahanan dan penjaga gol.

Apa itu False 9

Ia adalah keadaan dimana serang single striker berlegar – legar jauh dari kawasan penalti lawan dan duduk lebih dalam dari posisi penyerang yang sebenar. Taktikal ini adalah satu konsep di mana peranan no.9 iaitu penyerang tengah bukan dimainkan oleh penyerang tulen. Pemain ini biasanya daripada nombor posisi lain terutama sekali no.10 winger, dan nombor 8.

Apabila taktikal false 9 dipraktikkan , penyerang (pemain yang biasanya memakai jersi nombor 9) akan berada di posisi yang berlainan dan lebih dalam. Lantaran itu, taktikal ini disebut “false 9” atau nombor 9 jadian.

Bagaimana Taktikal Ini Berfungsi

Taktikal ini berfungsi untuk mernarik permain pertahanan tengah dan kiri keluar dari posisi asal. Kekuatan pemain 9 jadian ini adalah pemain no.10. Pemain ini memiliki kualiti gelecekan (driblling) & skil individu yang sangat tinggi. Pemain ini sangat rajin dan memiliki kemampuan untuk mencipta ruang.

Dalam isu ruang pula, ia amat sukar untuk mengenakan rantaian secara ketat terutama dengan (man to man marking). Apabila pemain false 9 ini berada lebih dalam dari posisi asal, back line akan terpaksa naik untuk menutup ruang. Ini akan membuka peluang unuk pemain ini, meninggalkan posisi asal mereka.

Jadi, apabila mereka terpaksa naik untuk menutup pergerakan pemain false 9, ruang yang ditinggalkan mereka akan digunakan oleh team mate pemain false 9  (biasanya pemain sayap) untuk mencari gol dengan ruang yang ada. Secara mudahnya pemain ini ini turun sedikit ke bawah untuk mencipta ruang kepada pemain sayap. Dan selepas itu berlaku permainan kombinasi yang fluid.

Kelebihan Taktikal False 9

False 9

Kelebihan menggunakan taktikal ini adalah abiliti untuk mengeksploitasi back line pihak lawan dan membuka ruang pemain sayap. Apabila taktikal ini diterapkan, ia bagaikan sebuah magnet menarik besi bergerak keluar dari posisi asal. Back line yang baik adalah back line yang berfungsi sebagai satu unit dan saling bergantungan. Apabila salah seorang pemain pertahanan keluar dari posisinya, sistem back line itu akan menjadi cacat, lemah dan akan mudah dibolosi. Beban untuk menjaringkan gol oleh penyerang false 9 juga akan berkurangan kerana beban itu bakal dipikul bersama oleh winger. Penerapan sistem ini juga mungkin diamalkan apabila sesebuah pasukan tidak mahu menggunakan target man dalam mencari gol.

Kekurangan Taktikal False 9

False 9

Kebergantungan terhadap pemain false 9 yang tinggi. Jika pemain ini itu mempunyai skill yang diperlukan dan pemain sayap mampu mengeksploitasi ruang yang dibuka, ia akan membuahkan hasil. Namun, jika pemain ini tidak sempurna atau pemain sayap gagal memanfaatkan peluang itu, taktikal itu akan menjadi sia-sia sahaja. Tak semua pemain berbakat dapat mengadaptasi diri dengan sistem ini.

Kesimpulannya semakin hari, permainan dan taktikal bolasepak semakin berevolusi dengan pendekatan yang lebih moden. Setiap taktikal memerlukan semua pemain dalam pasukan itu faham akan konsepnya. Ini kerana bola sepak adalah permainan berpasukan dan yang pasti permainan bola sepak akan menjadi lebih menarik dari masa ke semasa dan tak akan luput di telan zaman.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat