“Dia Akan Ingat & Kenang..” Lihat Pelajar Bawa Beg Sekolah Usang, Cikgu Ini Hadiahkan Beg Baru


Setiap orang dan individu memiliki keadaan hidup yang berbeza-beza. Tidak semua sama namun yang pasti, setiap dari mereka yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan diuji. Ujian tersebut pula berbeza-beza, ada yang diuji dengan kekayaan dan ada juga yang diuji dengan kesusahan.

Setiap golongan manusia akan diuji tidak kira tua atau muda, besar mahupun kecil. Islam atau pun kafir. Namun begitu, bagaimana setiap orang melalui atau menghadapi ujian tersebut. Sama ada dengan penuh kesabaran mahupun sebaliknya.

“Dia Akan Ingat & Kenang..” Lihat Pelajar Bawa Beg Usang, Cikgu Ini Hadiahkan Beg Baru

Berkenaan dengan ujian, baru-baru ini viral sebuah video yang dikongsikan oleh aishashamad berkenaan dengan seorang pelajar di sebuah sekolah yang membawa beg sekolah yang sudah buruk. Di saat pelajar lain dilimpahi dengan kemewahan hidup, pelajar ini pula diuji dengan ketidakmampuan untuk membeli beg baru.

Namun apa yang membuatkan orang ramai berasa sebak dan terharu adalah apabila ada seorang guru di sekolah tersebut memberikan beg baru kepada pelajar berkenaan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan guru berkenaan pada mulanya memeriksa beg sekolah seorang pelajar lelaki India. Melihat kepada nama sekolah pada pakaian pelajar itu, guru dan pelajar berkenaan merupakan warga Sekolah Menengah Kebangsaa (SMK) Ambrose, Ayer Tawar, Perak.

Sebaik beg tersebut dikongsikan, guru berkenaan terus mencapai beg dan mengeluarkan beg bari dari sebungkus plastik. Kemudiannya beg yang bewarna hitam itu diberikan kepada pelajar berkenaan.

Mungkin segan dan malu dengan apa yang diterima, pelajar berkenaan kelihatan tersenyum dan berkali-kali menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih.

beg sekolah

Menurut Aishashamad di ruangan komen, katanya hampir 80% pelajar sekolahnya itu dari golongan B40 dari pelbagai kaum. Sempat juga menulis, jika ingin menyumbang boleh terus hubungi pihak sekolah.

“Untuk pengetahuan, hampir 80% pelajar kami dari golongan B40 dari pelbagai kaum. Kepada yg ingin menyumbang boleh terus hubungi pihak sekolah ”

Tambahnya lagi, guru-guru di sekolah tersebut ada membuat kutipan setiap bulan untuk tabung kebajikan pelajar. Tabung kebajikan tersebut dikutip bagi membeli peralatan sekolah seperti baju, kasut, beg dan duit poket.

“Guru2 juga ada membuat kutipan setiap bulan utk tabung kebajikan pelajar bagi membeli peralatan sekolah seperti baju,kasut, beg & duit poket”

Dia akan ingat dan kenang sampai bila-bila..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang mengucapkan tahniah kepada cikgu berkenaan dan semoga menjadi contoh kepada mereka yang lain.

“Tahniah cikgu.. semoga menjadi contoh kepada mereka yang lain. Berbuat baik sesama insan dan kpd anak didik. Alhamdulillah” – Haim Hilman

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan. pasti berkenaan akan ingat dan kenang sampai bila-bila. “Dia akan ingat dan kenang sampai bila-bila”, tulis pemilik akaun TikTok Kabus pagi.

Semoga kisah yang dikongsikan oleh guru ini dapat menjadi contoh dan ikutan kepada kita semua. Semoga satu hari nanti, pelajar ini berjaya dan balas kembali jasa guru sekolah tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat kerana prihatin terhadap pelajarnya

Sumber: TikTok aishashamad

Baca juga: “Cepat Sembuh Dik..” Derita Penyakit Kulit, Ramai Kasihan Melihat Adik Ini Menangis Kesakitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat