Takut Nak Cucuk Hidung Sendiri ? Doktor Ini Ajarkan Cara Buat Nasal Swab Test Sendiri Dari Rumah


Pengambilan ujian kendiri Covid-19 kini sudah menjadi sebahagian daripada keperluan harian berikutan peningkatan kes yang semakin membimbangkan. Bagi melindungi diri dan keluarga daripada wabak Covid-19, semakin ramai yang mempunyai kesedaran untuk lakukan ujian kendiri Covid-19 di rumah.

Bergantung kepada jenis kit ujian, pengambilan sampel biasanya adalah daripada air liur dan calitan hidung. Kita juga pasti perasan yang stok kit ujian semakin berkurangan akibat ramai yang memilih untuk simpan beberapa pek di rumah untuk penggunaan kecemasan.

Disebabkan ini, makin terhad pilihan kit ujian yang ada di pasaran lebih-lebih lagi kit ujian yang mudah digunakan melalui pengambilan sampel air liur. Ramai juga yang mengelak untuk beli kit ujian calitan hidung kerana takut untuk lakukannya sendiri.

Siapa yang pernah lalui ujian PCR juga pasti tidak akan lupakan rasa perit bila hidung dicucuk dengan begitu dalam !

Panduan Cara Buat Swab Nasal Test

Bagi membantu orang ramai mengambil sampel calitan hidung, Dr Eric Levi, pakar perubatan bahagian Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dari Australia berkongsi cara buat nasal swab test dari rumah.

Berkongsi di laman Instagram, doktor ini turut menegur beberapa kesalahan yang sering dilakukan pengguna.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah sasaran pencalit hidung yang salah. Untuk mengambil sampel dengan betul, anda perlu sasarkan ke belakang, bukan ke atas.

Jika anda cucukkan hidung ke atas, anda berisiko untuk melanggar struktur dalam hidung yang dinamakan narrow roof. Ianya sangat menyakitkan. Anda sepatutnya cucuk hidung ke arah belakang dan bawah.

Cara Buat Swab Nasal Test diajar oleh dr eric dari australia

Jangan sesekali buat nasal swab test dengan pergerakan seperti korek hidung. Ini adalah cara pengambilan sampel yang salah kerana anda sedang menyentuh bahagian dalam hidung yang berbulu.

Tujuan nasal swab test ialah untuk dapatkan mukus daripada dinding salurang pernafasan iaitu di bahagian belakang dan dalam.

Untuk dapatkan mukus ini, anda perlu perlahan-lahan cucukkan batang swab test ke belakang dan sasarkan ke bawah. Anda juga perlu benamkan batang dengan kedalaman kira-kira 2 ke 3 cm dan putarkan putik kapas swab selama 12 ke 15 saat di kawasan tersebut.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh tonton video penuh seperti di bawah :

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda lakukan ujian kendiri dari rumah. Selepas ini bolehlah anda praktikkan cara buat nasal swab test dari rumah dengan betul. Jangan lupa untuk baca panduan langkah demi langkah yang turut disertakan bersama ujian kendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat