Macam Mana Nak Jadi Kaya Macam Orang Lain? Best kan kalau kaya macam orang lain. Begini Caranya untuk kaya macam orang lain


Tips dan Cara-Cara untuk Menjadi Kaya

Macam Mana Nak Jadi Kaya Macam Orang Lain? “Alangkah seronoknya kalau aku kaya” Boleh dikatakan semua orang nak jadi kaya raya dan bergelar jutawan.

Semua orang mahu hidup senang dan tidak mempunyai masalah kerana kekurangan kewangan. Mempunyai cita-cita untuk hidup bebas dan senang lenang dengan duit dan harta yang melimpah ruah. Memiliki rumah banglo besar dan kereta yang berjenama yang digalai orang ramai. Paling penting, hidup bebas daripada segala-hutang-piutang.

Jom sama-sama kita fahamkan dan adaptasikan bagaimana untuk menjadi kaya dalam kehidupan seharian kita. Tipsnya bukan lah susah sangat cuma yang kita perlukan adalah fokus dan teruskan berusaha. Yang paling penting kita tidak mudah lupa diri bila sudah senang atau kaya.

 

1.Menabung

Simpan sekurang-kurangnya 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan dari duit gaji tetapi janganlah pula simpan di tangan anda. Kalau tak, sekejap saja duit simpanan anda itu habis digunakan. Anda bolehlah menyimpannya di bank. Kalau boleh, pastikan anda mempunyai dua  akaun bank, satu akaun bank untuk gaji masuk dan satu lagi untuk simpanan. Ini dapat mengelakkan dari anda terlebih menggunakan wang atau lari bajet simpanan anda.

2.Melabur Duit 

Labur duit di Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) untuk dapat dividen. Selain ASB, pelaburan dalam emas dan hartanah juga boleh bagi keuntungan yang tinggi. Pelaburan yang menguntungkan ini dapat memberi anda duit yang lebih dan sekiranya anda pandai memilih pelaburan, tak mustahil anda bakal menjadi kaya raya. Namun, pastikan anda tidak terjebak dengan tawaran sindiket jutawan segera tau.

3.“Part-time”

Sekiranya anda rajin dan mempunyai masa lapang,anda bolehlah membuat kerja ‘part time” seperti menjual baju, ‘cupcake’ dan sebagainya. Sekurang-kurangnya setiap bulan masuk juga duit dalam bank anda. Duit dari part-time anda boleh terus disimpankan di dalam akaun anda. Kalau boleh jangan diusik hasil dari part-time anda sekiranya tidak berlaku sebarang darurat.

4. Keberkatan Bersedekah 

Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah kerana bersedekah akan mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membukakan pintu rezeki. Sedekah juga haruslah dengan ikhlas tau. Bukan niat untuk harapkan balasan tau kerana tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah.

5.Suka Berniaga

Hampir kesemua orang kaya memiliki perniagaan sendiri kecuali mereka yang mewarisi kekayaan keluarga. Dalam sejarah, hampir tidak pernah berlaku orang makan gaji menjadi kaya raya. Jadi, jika mahu menjadi kaya, anda perlu memulakan perniagaan sendiri. Biasanya golongan kaya ini juga akan melakukan multi-tasking dalam kehidupan sehariannya, maksudnya melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa!

6.Berpandangan Jauh & Ada Visi Serta Misi 

Anda perlulah menetapkan matlamat hidup, tidak kira sama ada matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Setkan minda anda bahawa kekayaan bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu atau diberikan oleh pihak lain, tetapi diraih dengan perancangan yang baik. Bila sudah ada visi dan misi, jangan ler duduk mengharapkan je. Anda kena lah bertindak untuk mencapai visi dan misi yang telah anda tetapkan. Haaa baru betul.

7.Rezeki Yang Berkat

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Gunakanlah kekayaan yang Allah bagi ddengan betul dan sebaik mungkin. Jangan pulak kita lalai bila sudah kaya.

 

Kesimpulan

Kita kena ingat, bukan senang mahu senang. Juga bukan susah mahu susah. Itulah lumrah kehidupan. Tak salah mengejar kekayaan, tapi jangan sampai lupa diri. Teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa jika mahu mencapai impian anda untuk bergelar orang kaya. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Sentiasalah bersederhana dan sentiasa membantu golongan yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat