ADUAN RAKYAT : Buruknya Hasad Dengki Bangsa Melayu Kita!


Dalam perniagaan pastinya ada persaingan antara satu sama lain, namun perniaga haruslah bersaing secara sihat bukanlah mengunakan taktik-taktik yang kotor seperti mana dengan hasrat menjatuhkan atau mengulingkan persaingan mereka. Encik Ariffin Sabirin merupakan pengasas Wasilah Farm yang bertapak di Segamat. Perniagaan beliau dikenali ramai dengan pusat agro pelancongan keluarga berasaskan ternakan kambing dan menawarkan produk Kambing BBQ dan Kambing Salai Segar Amat.

Namun kejayaan beliau tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan beliau dihujani pelbagai masalah (perbuatan orang). Masalah tersebut menyebabkan beliau kerugian dan mengalami masalah kesihatan terhadap pekerja serta keluarga. Beliau telah berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman berliau dari awal penubuhan Wasilah Farm dan beberapa perkara yang terjadi ketika pengurusan perniagaan beliau.

SAYA SEORANG POSITIF.

Dengan pengalaman meniaga belasan tahun aku pulang ke Segamat selepas 27 tahun dengan nawaitu untuk membantu menaikkan nama Segamat & melonjak sosio ekonomi penduduk tempatan.

Wasilah Farm ditubuh & strategi diolah. Nama dilonjak sehingga peringkat negeri jadi sebutan.

SAYA SEORANG POSITIF.

Selama 19 bulan beroperasi aku dihujani serangan sihir tanpa henti dari penduduk tempatan yang tidak senang dengan kemajuan Wasilah Farm . Hantu raya , bomoh indon, bomoh siam, bomoh orang asli, bomoh hindu semuanya dihantar siang & malam.

Kandang bergegar setiap waktu. Dihempas jin laknatullah setiap detik.

Ratusan kambing mati dalam keadaan ngeri tengkuk dipatah , mata dikorek , mulut dikunyah. Pekerja sakit. Saya sekeluarga sakit. Kata kawan yang pandai syifaq penduduk tempatan yg beraja sihir & mabuk syirik itu saat ini sedang ketawa berdekah mencanang galak atas kejayaannya mematahkan semangatku.

Takbur angkuh persis iblis yg hidup penuh nafsu & tak kenal maut. Gelak mengilai tanda kepuasan matlamat tercapai.

SAYA SEORANG POSITIF.

Tahajud , taubat , muhasabah menjadi ubat. Aku tidak kalah semangat sebaliknya menang menjaga akidah. Bukan mengalah sebaliknya enggan mengikut langkah tari iblis bertopeng manusia. Allah Maha Kuasa & hanya padaNya ku berserah. Dialah pelindung sejati selama2nya. Kau syirik bakal beriring ke neraka bersama jin belaanmu.

SAYA SEORANG POSITIF.

Walau pelbagai usaha dibuat gagal mengekang jin laknatullah & manusia bertopeng iblis. Aku pilih mengundur diri untuk menyelamat akidah. Aku pilih menarik diri keluar dari daerah tercinta ini dari terjebak sesat akidah bila kesabaranku pecah.

Rezeki ku mungkin bukan di sini tetapi yakin Allah Maha Adil. Gantian bakal mendatang aku yakin lebih hebat ganjarannya.

SAYA SEORANG POSITIF.

Kepada warga Segamat kalian semua insan terbaik pernah hadir dalam hidupku. Namun iblis bertopeng manusia itu membawa onar. Merosak seluruh daerah dengan syiriknya. Mungkin itu Allah turunkan bala banjir tak jemu melanda ? Untuk menghanyut kemungkaran di bumi tercinta ?

Sesuatu untuk kita renungkan …

antara alat-alat sihir yang ditemui

Satu komen untuk “ADUAN RAKYAT : Buruknya Hasad Dengki Bangsa Melayu Kita!”

  1. Tunku Ibrahim says:

    Setelah aku membaca artikel di atas, aku tertanya2, benarkah perbuatan sihir tersebut di lakukan oleh orang Melayu?? Mana buktinya?? Apa yang kita dapat lihat antara alatan sihir tersebut ada tulisan Hindu dan patung Hindu. Adakah ini kemungkinan besar di lakukan oleh orang India?? Jangan lah buat tuduhan melulu secara rasis terhadap Melayu, siasat dulu siapa kah pelakunya yang sebenar.

    Kesimpulannya, jangan lah kita sering berburuk sangka sesama Melayu sahaja sedangkan kaum lain juga lebih hebat ilmu sihir mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat