Liverpool Tundukkan Ego Bayern Munich – Daily Rakyat

Liverpool Tundukkan Ego Bayern Munich


Hari ini satu lagi wakil dari pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini. Liverpool berjaya menundukkan pasukan gergasi dari Jerman Bayern Munich awal pagi tadi. Ini melengkapkan kuota kesemua 4 pasukan dari EPL yang bertanding di Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini apabila berjaya

Gol pertama pasukan Liverpool berjaya dihasilkan seawal minit ke-26. Hantaran daripada kawasan sendiri oleh Virgil van Dijk berjaya dikawal kemas oleh Sadio Mane. Seterusnya, Mane bertindak cemerlang apabila berjaya mengelirukan bekas penjaga terbaik dunia tahun 2016, Manuel Neuer seterusnya merembat masuk ke dalam jaring gol untuk gol yang pertama pasukan pelawat.

Tersentak dengan gol pertama pasukan lawan, Bayern rancak mengasak pasukan The Reds. Hasilnya, Bayern berjaya memperolehi satu gol. Keadaan kelam kabut di depan pintu gol diambil kesempatan oleh pemain Bayern. Hantaran Serge Gnabry ke hadapan kawasan gol Liverpool tertampan ke dalam gol sendiri oleh pertahan The Reds menjadikan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-39.

Di separuh masa kedua, Liverpool semakin menekan Bayern apabila berjaya menambah 2 lagi gol. Pemain pertahan The Reds yang dibeli dengan rekod perpindahan dunia bagi pemain pertahan, Virgil van Dijk menambah 1 lagi gol pada minit ke-69. Sepakan penjuru yang diambil oleh James Milner ditanduk kemas oleh van Dijk menjadikan keduduka Liverpool semakin selesa di depan.

Gol terakhir Liverpool pula sekali lagi disudahkan dengan baik oleh Sadio Mane. Kali ini, Mane wajar diberikan pujian apabila berjaya memintas larian pemain pertahanan Bayern. Mane berjaya meyudahkan hantaran baik dari Mohamed Salah. Gol pada minit ke-86 itu telah mematikan terus sisa-sisa perjuangan pemain Bayern apabila kedudukan kekal sehingga akhir perlawanan. Kedudukan ini memastikan Liverpool layak ke pusingan seterusnya dengan agregat 3-1.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat