Bantuan Sara Hidup Rakyat (BHSR) menggantikan BR1M


Kemenangan Pakatan Harapan semasa pilihan umum ke-14 telah memberi imbak yang begitu besar kepada penduduk Malaysia. Jika suatu ketika dahulu, rakyat menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kini dengan tampok pemerintahan yang baharu, kerajaan sekarang tetap meneruskan bantuan tetapi digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat(BSHR). Pengumuman ini telah dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sidang media selepas Mesyuarat Kabinet pada 30 Mei 2018.

Selain menjaga kesejahteraan rakyat, bantuan ini juga dilihat dapat membantu kehidupan rakyat kearah yang lebih baik. Dianggarkan sebanyak RM 1.6 bilion diperuntukkan bagi memberi bantuan kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR ini.

Namun pihak kerajaan akan menyemak semula kelayakan penerima bantuan agar hanya penerima yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut. Syarat kelayakan penerima BSHR ini akan dikaji semula pada masa akan datang.

Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima bantuan. Sekiranya penerima tidak mempunyai nombor akaun, mereka akan menerima surat kelulusan dan baucar yang akan diposkan kepada alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. Bagi penerima bantuan secara pos atau baucar, berkemungkinan penerima akan menerima baucar agak lewat berbanding dikreditkan secara terus ke akaun masing-masing.

Semakan Status BSHR 2018 boleh dibuat secara Online

Semakan status permohonan  dan rayuan oleh pemohon masih boleh dibuat seperti dahulu, walaupun BR1M telah digantikan dengan BSHR melalui laman Web Bantuan Sara Hidup Rakyat di pautan https://bsh.hasil.gov.my/

Semakan BSHR Secara Online boleh disemak dipautan seperti berikut:

  1. Pergi ke pautan Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan – Permohonan hanya menggunakan MyKad(12 Digit) sahaja.
  3. Klik butang Log Masuk
  4. Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud
  5. Permohonan wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke laman MyBR1M.
  6. Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diidi oleh pemohon
  7. Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

Setelah Berjaya Mengakses MyBSHR

  1. Klik pada menu Semakan Status
  2. Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.

Maklumat Lanjut Semakan BSHR 2018

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan semakan BHSR ini, boleh menghubungi:

Sekretriat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM

  • 1-800-88-2716
  • Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m

Hotline MOF

  • 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Faksimili MOF

  • 03-8882 3933

Maklumat semakan BSHR 2018 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Penerima bantuan atau pemohon yang ingin mengetahui maklumat terkini BSHR boleh meruju ke Laman Web Rasmi BSHR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat