PARTI AMANAH NEGARA : Menampilkan Sebuah Wadah Politik Islam Yang Inklusif


Melaui proses perundangan, kami Gerakan Harapan Baru (HB) telah pun memohon pendafataran sebuah Parti Islam baharu bernama Parti Progresif Islam (PPI) selari dengan hak yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Memahami akan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan sebuah parti baharu melalui pengalaman di dalam negara ini, maka HB dalam masa yang sama mencapai matlamatnya melalui wadah politik sedia ada.

amanah1

Pada tanggal keramat 31 Ogos 2015 hari ini, bersamaan 16 Dzulkaedah 1436H, kami, Gerakan Harapan Baru, secara rasminya mengumumkan bahawa kami telah pun memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja dengan mengekalkan namanya ‘Parti Pekerja’. Ada pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas diputuskan bersama…. tarikh ‘Hari Pelancaran’ pada satu lagi tanggal keramat pada 16hb September 2015 akan datang.

Maka bermula hari bersejarah hari ini, kami melangkah untuk memasukki persada politik nasional secara resminya. Dengan permulaan ini, ia sekaligus menampilkan sebuah lagi parti politik Islam di tanah air ini. Meskipun isu nama parti ini secara lebih khusus belum dapat kami umumkan lagi, ini tidak bermakna kami tidak boleh menghuraikan dari hal dasar and cita-cita perjuangan kami, dalam konteks perlembagaan yang kami dukungi bersama.

LATARBELAKANG KELAHIRAN PARTI POLITIK ISLAM KEDUA INI

Tidak dapat dinafikan bahawa backdrop kelahiran wadah politik baru ini adalah respons kepada pelbagai dimensi kemelut dan krisis yang menyelubungi negara. Ia bagaikan malapetaka yang tidak berkesudahan yang menimpa rakyat di negara ini dan kebrentakannya hampir ‘sempurna’ di segi mencakupi seluruh bidang kehidupan ummat dan rakyat.

amanah

MENELITI KONSTRUK POLITIK MUTAKHIR

Wajar diakui bahawa peranan pembangkang dalam menginstitusikan peranan perlembagaannya, yakni dalam memainkan peranan menyemak-imbang penguasa politik atau ‘kerajaan hari ini’ (the government of the day) ditanggapi umum sebagai ‘berjaya dan berkesan’.

PRU ke-13 lalu menyaksikan bahawa hampir sahaja koalisi politik ini menamatkan pemerintahan kerajaan paling lama di dunia ini. Pada hakikatnya, diukur dengan undi popular (52%) di seluruh Persekutuan, Pakatan Rakyat diakui semua pihak telah mendapat kepercayaan rakyat.

amanah5

GERAKAN DAN POLITIK ISLAM BERHAJATKAN PENERUSAN MUAFAKAT POLITIK

Kini malangnya, Pakatan Rakyat sudah berakhir. Meskipun menjalankan beberapa tadbir-urus dalam negeri-negeri yang masih diperintah, pada hakikatnya Pakatan Rakyat sebuah Koalisi Politik sudah terkubur. Koalisi Politik ditakrif dengan pemeteraian Dasar-Dasar Bersama yang didukungi dengan keyakinan dan komitmen serta iltizam oleh kesemua parti komponen koalisi.

Berlatarbelakangkan ketimpangan kepimpinan negara yang tersebut di atas dan dengan dinamika ‘kebrentakan’ yang berlaku dalam PAS itu sendiri dan konflik dalaman Pakatan Rakyat, PAS tidak dapat memainkan peranannya seperti yang berjaya dilakukan dalam kedua-dua pilihnaraya ke-12 dan ke-13.

amanah4

MISI ISLAM YANG SYUMUL SERTA BERTINDAK SECARA INKLUSIF

Berteraskan seluruh dinamika politik dan pola-pola baru yang sedang disaksikan mengambil tempat di persada politik nasional sementara lebih jelas lagi pada denyut nadi kehendak rakyat di akar umbi, tentang kelompangan kepimpinan negara, maka penampilan wadah baru ini yang menawarkan Islam sebagai “Rahmat kepada Seluruh Alam” akan lebih dirasai rakyat seluruhnya.

Islam yang syumul serta bertindak secara Inklusif (tidak mengasing dan meminggirkan mana-mana segmen rakyat), untuk memberikan Keadilan dan Kesejahteraan merentasi semua kaum, agama dan budaya mesti diperjuangkan dan diangkat kembali wadah politik baru ini.

Islam yang memberi naungan Syariatnya secara menyeluruh dengan prinsip-prinsip Keadilan, Kesaksamaan, Kebertanggungajwaban dan Ketelusan, mesti terus diperjuangkan oleh sebuah parti yang komited untuk menawarkan Rahmat Ilahi’ ini dalam pendekatan dan cita-citanya untuk melahirkan sebuah masayarakat dan negara Madani yang melaksankan Syariah melalui proses demokrasi dan proses legsilatif berpelembagaan.

amanah3

BAGAIMANA HARAPAN BARU MELAKUKANNYA?

Wadah Politik yang kini dipelupori Gerakan Harapan Baru ini adalah komited untuk meneruskan legasi perjuangan Politik Islam yang ditunjukkan Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menerokai ruang Politik Islam yang Amanah, Progresif dan Peduli.

Sejurus proses pengambilalihan wadah politik ini sempurna, maka akan kami usahakan bersama momentum perubahan politik atas dasar tahaaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik –DAP dan PKR, dengan penubuhan kembali Pakatan Rakyat 2.0

Komited dengan pembudayaan Politik Baru, maka wadah politik ini akan terus berpaksi kepada politik yang berasaskan Ilmu dan Akhlaq, serta bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam perlaksaan prinsip hak bersuara dan tuntutankesaksamaan seperti dianjurkan oleh Islam dan Syariatnya bagi melahirkan sebuah Masyarakat dan Negara Madani.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat