Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang : YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sumber Rujukan : Bernama

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon (lahir pada 2 Januari 1960) adalah ADUN Pulau Pinang kawasan Pantai Jerejak dan merupakan Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang. Haji Rashid mengangkat sumpah jawatan bersama 11 exco kerajaan negeri yang lain di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, pada 9 Mei 2013.

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru, Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon yang juga anggota jawatankuasa PKR Negeri juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi bagi Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Lembaga Pengarah Penang Development Corporation (PDC) serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat dan Pembangunan Keusahawanan.

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru, Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon yang juga anggota jawatankuasa PKR Negeri.

Nama yang diberikan oleh pasangan Hasnon dan Tek yang menyambut kehadirannya pada tahun 1960 di Johor. Beliau telah menetap di Pulau Pinang sejak 1984. Beliau mendapat pendidikan awal di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi. Haji Rashid menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom (UK) dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).

Haji Rashid memulakan kerjaya sebagai jurutera di PERNAS NEC pada 1984. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perancang di Motorola (1987), Pengurus ASE Electronics (1991), Pengerusi Personal Managers Group yang mengurus syarikat yang bernaung di bawah Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Bayan Lepas pada tahun 2006. Haji Rashid menamatkan zaman bujang beliau dan melangsungkan perkahwinan dengan Datin Hajah Nor Azizah bt Haron pada tahun 1982 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Haji Rashid pernah menjadi Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang pada tahun 1999. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan di majlis tertinggi PKR. Haji Rashid merupakan antara pengasas PKR di Pulau Pinang dan sedang berkhidmat sebagai Naib pengerusi PKR Pulau Pinang.Beliau sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) banyak menguruskan projek-projek pembaikan dan naik taraf kemudahan awam seperti jalanraya, taman permainan, penghijauan taman, lampu jalan dan lain-lain, melalui kempen kesedaran CLEANER, GREENER, HEALTHIER & SAFER PENANG. Selain itu, Haji Rashid yang merupakan pemimpin Melayu no satu di Pulau Pinang memberi perhatian secara khususnya kepada pembangunan kaum bumiputera dalam pelbagai sektor.

Haji Rashid pernah menyertai pasukan sukarelawan ke Acheh & Meulaboh bagi membantu mangsa tsunami di sana (2004). Pada tahun 2009, beliau mengetuai misi bantuan Ramadhan di Kemboja dan negara Asia Tenggara , selaku Pengerusi JIM Antarabangsa peringkat Nasional ketika itu.Beliau tidak ketinggalan menyertai misi bantuan Gaza (2011) bersama NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), antara misi terawal yang membawa bantuan ke Gaza selepas insiden Mavi Marmara.

Turut mengangkat sumpah jawatan ialah Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy, yang juga memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi.

Selain itu lapan lagi anggota exco yang turut mengangkat sumpah ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan Kesenian Chong Eng dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom) dan Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi) Lim Hock Seng.

Yang lain ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Law Heng Kiang, Pengerusi Jawatankuasa Kabajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan Jagdeep Singh Deo dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr Afif Bahardin.

Satu komen untuk “Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang : YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat