“Adalah Tidak Bijak Tergesa-gesa Serah Kuasa Kepada Anwar” – Tun Daim Zainuddin

Sumber Rujukan : MalaysiaKini

Adalah “tidak bijak” untuk tergesa-gesa untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kata Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin. Ini kerana selepas peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya berlaku ketika “pertengahan” penggal.

Menerusi temu bual dengan Straits Times Singapura, beliau berkata, “Jika kamu ingkari janji rakyat, mereka tidak lagi akan mempercayai kamu lagi,”

Tun Daim Zainuddin, kini menjadi orang penting dalam urusan dalam pentadbiran baru Mahathir, berkata beliau telah berjumpa dengan Anwar dan menyampaikan bahawa “Kamu semua telah cuba banyak pilihan raya dan gagal. Sama ada kamu suka atau tidak, Mahathir berjaya.”.

Anwar yang bakal dibebaskan dari penjara. Sehari sebelum hari mengundi, Anwar menyeru rakyat Malaysia agar menyokong Mahathir pada pilihan raya ke-14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat