“Sampainya Hati Anak Dia..” Ayah Jatuh Motosikal Tapi Anak Buat Tak Tahu, Ramai Luah Rasa Berang


Ayah, insan hebat yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Pengorbanan seorang ayah ini memang tiada tandingannya. Sanggup bersusah payah, sanggup berpanas hujan, sanggup meredah lautan api semata-mata untuk memastikan perbelanjaan anak-anak sentiasa cukup.

Sungguh rugi dan tidak sepatutnya jika kita sebagai anak tidak menghargai dan enggan membalas jasa insan hebat ini. Hargai dan jika berkesempatan balaslah jasa kedua ibu bapa kita ini.

“Sampainya Hati Anak Dia..” Ayah Jatuh Motosikal Tapi Anak Buat Tak Tahu, Ramai Luah Rasa Berang

Berkenaan dengan ayah ini, terbaharu viral sebuah video di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh jaii_99 berkenaan dengan seorang ayah yang membuatkan orang ramai berasa sebak. Kejadian yang berlaku di hadapan sebuah sekolah itu memaparkan seorang ayah yang jatuh dari motosikal yang dinaikinya namun anaknya seolah-olah tidak peduli.

Sewaktu kejadian, seorang susuk ayah itu duduk di atas motosikal yang ketika itu sedang berhenti di tepi sekolah namun secara tiba-tiba si ayah terjatuh dari motor tersebut.

Tidak diketahui apakah sebabnya namun situasi tersebut cukup membuatkan ramai dalam kalangan warga TikTok berasa berang dan sedih apabila melihat si anak tidak ambil peduli ataupun membantu ayahnya.

Sepatutnya, sebagai seorang anak, apabila sudah melihat insan tersayang terjatuh pastinya kita akan terus menyelamatkan. Namun lain pula dengan adik ini. Dilihat hanya memandang sahaja tanpa berganjak untuk menyelamatkan ayahnya yang berada tidak jauh darinya.

Orang yang dah tak ada ayah ni terasa..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang berasa berang dan sedih apabila melihat si anak kepada lelaki ini tidak menghulurkan bantuan saat si ayah jatuh.

“Orang yang dah tak ada ayah ni terasa sangat-sangat. Sampai hati tengok saja” – ekinrayyan91

Malah ada juga yang terkejut kerana ada seorang anak yang hanya melihat sahaja. ” Ya Allah sampainya hati anak dia”, tulis pemilik akaun TikTok DinDa.

Manakala menurut Khairo79 pula, dia berharap dia tiada anak seperti ini. Sedih kalau kalau ada anak macam ni dan sempat juga mendoakan adik tersebut berubah suatu hari nanti

“Harap-harap aku tak ada la anak macam ni. Sedih la kalau ada anak macam ni, aku tengok pun sedih. Tak dapat nak bayangkan, moga adik tu ada perubahan suatu hari nanti”

 

Walaupunbegitu, kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada anak tersebut seratus peratus. Mungkin juga pada ketika itu dia berasa terkejut dan panik sehingga dia buntu dan tidak tahu apakah yang sepatutnya dilakukan.

Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada lelaki yang berbaju hitam dan berkain pelikat yang datang membantu. Terima kasih kerana prihatin akan keadaan sekeliling.

Update terkini: Rupa-rupanya adik tersebut mempunyai masalah lembam. Hal tersebut sudah dijelaskan oleh wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah. “Pelajar kita ni pelajar lembam dan lambat bertindak bila disuruh dan tak boleh membaca pun”.

Kredit: jaii_99

Baca juga: “Kekurangan Bukanlah Satu Halangan..” Tetap Kental Bermain Walau Tiada Sebelah Kaki, Lelaki Ini Buat Ramai Sebak & Kagum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat