Ibu Sanggup ‘Jual’ Anak Kerana Hutang

Sumber Rujukan : The Malay Mail Online

Polis telah menahan dua wanita termasuk seorang ibu dituduh melacurkan anak kandungnya berusia 14 tahun untuk melangsaikan hutang yang terlalu banyak, di Lawas, Limbang pada 8 Oktober. Tangkapan pertama dilakukan pada 2.15 petang di Jalan Liaw Kim Liu, Lawas melibatkan suspek berusia 30 tahun iaitu ibu mangsa, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak; Datuk Dev Kumar.

“Tangkapan kedua pada 3.05 petang apabila polis menangkap wanita berusia 45 tahun yang juga pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji Matussin, Lawas,” katanya dalam kenyataan.

Dev berkata polis sedang mengenal pasti identiti dan memburu lelaki yang didakwa merogol remaja bawah umur itu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Pejabat Daerah Lawas pagi esok untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Mangsa yang tidak lagi bersekolah telah membuat laporan di balai polis Lawas pada 10.55 pagi tadi. Dev berkata mangsa mendakwa ibunya mempunyai masalah kewangan yang serius kerana hutang dan meminta dia mengikut lelaki terbabit ke sebuah hotel di daerah itu.

“Mangsa bekerja sebagai pelayan di sebuah karaoke di Lawas. Dia dipaksa oleh ibu kandungnya dan pemilik karaoke tersebut untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya,” kata beliau.

Lelaki itu dilihat telah membayar RM1,000 kepada pemilik karaoke iaitu seorang wanita berusia 45 tahun tetapi kejadian telah berlaku pada April 2017. Mangsa mendakwa lelaki itu telah merogolnya tiga kali di sebuah bilik di hotel.

Mangsa yang sebelum ini merahsiakan insiden tersebut, akhirnya melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung di kawasan tempat tinggalnya untuk diambil tindakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat