Bahaya “Relapse”, Berhenti Makan Ubat Sesuka Hati Kepada Pesakit Sakit Mental
Terang malam itu, riuh. Bukan setakat di zon hijau, zon kuning & zon merah pun sama rancak. Serancak kes yang dirujuk kepada aku, sang Psy MO on-call.
Malam itu saja, 6 kes rujukan yg aku terima dari zon kuning. Salah satu daripadanya adalah kes anak muda yang masih menuntut di IPTA, masih dalam semester pertama.
“Anak saya ni doktor, memang dulu ada ambil ubat sakit mental. 2 tahun lepas, dia dengar bisikan suara. Tapi lepas makan ubat, suara tu dah tak ade lagi dah. Jd saya stop kan aje ubat dia tu. Lagipun dia asyik mengantuk dan macam tak betul je bila ambil ubat tu..” Luah si ibu yang sangat prihatin.
“Kadang-kadang dia jadi jugak macam histeria, tapi saya bawak pergi berubat dgn ustaz dia ok. Dengar-dengar suara tu tak ade dah…cuma sejak minggu lepas dia macam resah aje..”
“Ok, boleh saya tau kenapa makcik bawa dia ke sini malam ni?”
“Tadi dia mengamuk di rumah. Tiba-tiba ke dapur ambil gunting nak tikam perut dia. Nasib baik saya sempat halang. Lepas tu dia menangis, macam tu lah dia, resah, gelisah”
Bila aku dekati pesakit, dia masih menangis. Takut katanya, sangat terganggu dengan suara-suara yang menyuruhnya “pergi mati”.
Dipendekkan cerita, pesakit mengaku yang dia kembali mendengar bisikan-bisikan selepas dia berhenti makan ubat, bertambah kerap dan sangat menganggunya. Sehingga dia tak tahan lantas tekad mahu melukai dirinya sendiri.
—
Ini salah satu dari sekian banyaknya kes relapse (bertambah sakit selepas improvement) akibat BERHENTI UBAT SESUKA HATI.
Ubat apa pun, pasti ada kesan sampingan. Ada aturan pengambilannya. Ada pantang larangnya. Jika anda alami kesan sampingan atau tak serasi dengan sesuatu ubat, beritahu doktor anda. Kami ada banyak pilihan ubat lain dengan fungsi yang sama.
Terutama untuk pesakit-pesakit kami, kalau relapse buruk padahnya!
5 Jenis Penyakit Mental :
Ditulis oleh Dr Maimanah Mohd Rashid, merupakan Doktor Perubatan dan anak kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon.
apa nak buat sekiranya tidak dpt kawal diri.mengis melampau sedih melampau takut melampau.bagai hilang akal
apa nak buat klu jadi sprt gila