Tips Mencari Kawan


Kawan adalah tempat kita berkongsi segala suka dan duka dalam kehidupan ita ini selain daripada ibu bapa. Namun begitu mencari kawan yang betul-betul bersama kita semasa susah dan senang amat lah payah. Akan tetapi adakah kawan yang mengetahui kisah kita akan menjaga aib kita dan tidak memburuk-burukkan kita demi kepentingan diri sendiri. Ketahui tip untuk mencari kawan yang perlu ada dalam diri anda:

ciri-ciri memilih rakan yang baik

TIPS MEMILIH KAWAN:

Al-Quran ceritakannya dalam surah An Nisa, ayat 69:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

(Surah an-Nisa’: Ayat 69)

  • Al-Quran ajar bagaimana sepatutnya kita melihat orang sekeliling kita untuk dijadikan kawan agar kita dapat pelihara iman kita.
  • Jika perlu berkawan juga, ajaklah rakan-rakan kita ke arah kebaikan.
  • Al-Quran ajar bagaimana untuk cari pembantu-pembantu.

Antara ciri-ciri kawan yang perlu kita cari adalah:

1. Kawan yang sentiasa ajak kita ke arah kebaikan

Contohnya, pilihlah kawan yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri kawan yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

 

2. Pendengar setia ketika anda ada masalah

Kawan yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Dia mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah.

Sungguhpun begitu, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalahnya jika ingin menjadi kawan yang baik.

 

3. Kawan yang sentiasa membimbing anda

Kita akan merasa lebih bahagia ketika memiliki kawan jenis ini. Berada di sekitarnya akan membuat anda merasa tenang dan damai. Kawan jenis ini sentiasa memberi input dan nasihat yang berguna semasa anda memerlukannya. Hidup anda menjadi lebih terarah kerana ada kawan yang memberi input penting untuk hidup anda.

 

4. Kawan yang mengambil berat tentang keadaan anda

Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.

 

5. Kawan yang jujur dalam perhubungan

Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja. Tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang diperkatakan. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap.

Memilih seorang kawan itu sememangnya amat sukar. Bukan kerana kita seorang yang cerewet atau memandang sesuatu yang diluar jangkauan seorang kawan itu. Tetapi mencari nilai seorang kawan yang sentiasa ada di kala kita susah mahupun senang amatlah sukar. Oleh itu, berkawanlah kerana diri dia yang sebenar bukan menilai dari sudut harta benda mahupun panat dan darjat.

Satu komen untuk “Tips Mencari Kawan”

  1. Wany says:

    Terima kasih…???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat