Testimoni Fake Braces Yang Tidak Akan Didedahkan Oleh Si Penipu
Sebelum ini kecoh satu Malaysia tentang kes Doktor gigi palsu yang menawarkan khidmat “braces” untuk mencantikkan gigi supaya tersusun rapi. Sebenarnya ramai lagi yang di luar sana yang menawarkan khidmat “braces” yang tak bertauliah ini dengan harga yang “murah”. Seorang Dr gigi yang bertauliah telah berkongsi kesan fake braces yang dialami oleh pesakitnya. Di harapkan perkongsian Dr Nor’Aini Zulkifli dapat menyedarkan masyarakat tentang bahayanya fake braces.
Situasi pesakit fake braces di klinik
( testimoni yang jarang-jarang didendangkan oleh si penipu)
*segala yang dikongsi mendapat kebenaran bertulis dan lisan dari pesakit sendiri*
Seorang pesakit berusia lebih kurang dalam 20an datang ke klinik (kes dalam minggu ni) dengan aduan sakit kepala berpanjangan beserta sakit di rahang kiri dan kanan semenjak memakai fake braces. Sakit kepala terasa sampai di bahagian belakang kepala. Beliau meminta bantuan agar membuka braces tiruan (fake/real braces) yang telah beliau pakai sejak 6 bulan lepas tanpa “servis”( ni yang Dr youtube claim nak servis make a call). Tempat kejadian di seremban, buat di rumah pelaku. Rekemen dari kawan2 kolej kata akak ni bagus.
Ni adalah perbualan antara saya dan pesakit
Saya: kenapa adik tidak pergi kembali pada si pelaku
suruh die buka?
P : saya dah try call and cari dekat ig die tapi die
dah block saya mungkin sebab saya tanya
kenapa gigi saya makin terkeluar terus dia tak
jawab2. Saya tidak selesa dgn sakit di kepala
dan terasa di kiri kanan rahang saya.
Saya: tau kan die bukan doktor, kenapa buat jgk?
P : kawan rekemen kata bagus. Saya cuba. Asalnya
nak betulkan gigi depan yg senget ni tapi
makin kedalam dan senget jugak.
Hasil pemeriksaan dlm mulut
1) midline lari
Ni gambar sebelum buka, braket atas terus letak power chain, no arch wire. Lepas tu pasang just dari 15 till 24 (geraham kecik kedua kanan ke geraham kecik pertama kiri)..mana ada org pasang separuh jalan.Braket bawah pon sama separuh jalan. Braket End up dekat gigi premolar tunggu lama lagi jadi straight habis la ni. Midline lari ( yang saya bulatkan tu). Kesimpulan die gigi jadi lagi tidak teratur! Kesian kat mangsa2 mereka ni.
2) scissor bite pada bahagian kanan (gigi belah kanan atas dah nak keluar dari landasan asal, kalau biar lama lagi jadi straight habis la)
Selepas buka, Scissor bite( gigi atas kanan lari jauh keluar dari landasan sepatutnya)
3) gigitan tidak stabil. Banyak aturan gigi jadi salah ( sebab tu rasa sakit sampai ke rahang kiri dan kanan kalau biar lama lagi tak tau la jadi apa)
Complain asal gigi yang bertanda senget tp pakai tak lurus2 makin kedalam je senget kekal! Gigitan tidak kemas.
Ni sebab kenapa dan mengapa kami bersuara lantang marah dgn kes baru2 ni..akibat dari perbuatan “intelligent person” seperti ini pesakit terpaksa tanggung akibat die. Pelaku mana nk keluarkan testimoni buruk2 mcm ni nanti dieorg claim tutup periuk nasi dieorg la. Kepada si pelaku, saya nasihatkan anda cuci tangan segera,buat sahaja kerja makeup ko jangan sibuk nak betulkan gigi orang .Takda la murah mana rm800 jugak, hasilnye fikir-fikir la sendiri. Saya dah nasihatkan adik ni kalau nak tuntut ganti rugi sebab rasa ditipu minta tolong dgn persatuan pengguna yea. Tuntut balik kos untuk betulkan balik gigi adik ni. Ingat dik please report polis yea!
Tiada term “simple braces”. Kalau dh start nak pakai pendakap gigi ni dia tak semudah ABC.. banyak aspek perlu diberi perhatian. Saya yang dentist biasa ni pon tak berani nak buat sebab bukan senang bila dh bergerak gigi tu anda perlu bertanggungjawab sampai treatment tu habis.
Pakai braces ni benda yang complex, setakat tengok youtube tepek-tepek letak simen, budak tadika pon boleh. Jadi kesimpulan die jangan la jadi mangsa kepada si penipu-penipu ni. Mana-mana yang sokong sangat tu silalah serahkan gigi anda pada mereka lepas tu tengok la diorang nak bertanggungjawab ke tak bila dah jadi mcm adik ni.
Adik ni beruntung sebab die tersedar awal.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan bermanfaat utk orang ramai.
#saynotofakebraces
#saynotofakedentist
#akakmuasilacucitangan
#intelligientsangat
saya bru pakai fake punya bpe hr lps then mkn2 tiba2 dawai tercabut pehtu sakit ya ampunnn..gusi bengkak2 ..sumpah sakit gila..tu la fst n last sy pakai