Pemergian “Grandpa Kitchen” Buat Peminat Merindui


Grandpa Kitchen

Grandpa Kitchen merupakan salah satu channel yang cukup terkenal hampir seluruh dunia dengan content masakan. 

Grandpa Kitchen atau nama sebenarnya adalah Narayana Reddy yang merupakan youtuber terkenal, banyak video yang dihasilkan oleh warga emas ini mendapat sambutan ramai disebabkan video yang dihasilkan agak berlainan dimana cara masakannya di luar rumah dengan menggunakan kayu api.

Malangnya, gelagak serta aksi Grandpa Kitchen ini tidak dapat disaksikan lagi oleh pengikut dan pencinta makanan di luar sana. Narayana Reddy baru sahaja meninggal dunia pada 27 Oktober 2019. Rata-rata pengikutnya berasa sedih dan setiap video yang dihasilkan sering menyentuh perasaan dan sentiasa meninggalkan pesanan yang baik.

Video khas untuk penonton :

Video Grandpa’s An Emotional and Heart Touching Final Journey yang dimuatnaik pada akaunnya sebagai dedikasi khas untuk penonton melepaskan rindu kepada Narayana Reddy telah mengundang rasa sebak dan rindu akan gelagak yang ditonjolkan olehnya.

Untuk pengetahuan semua, Narayana Reddy juga merupakan insan yang mulia kerana dia telah banyak membantu rakyat di negaranya dengan memberi sumbangan peralatan sekolah buat anak-anak yang kurang mampu, menyumbangkan makanan kepada yang kurang bernasib baik.Pemergian Grandpa merupakan berita yang menyedihkan terutamanya pengikutnya terkesan dengan pemergian ‘Grandpa’ kerana lelaki itu disifatkan sebagai seorang yang pemurah yang sanggup berkongsi makanan dengan golongan yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat