Khasiat Belimbing Madu


Khasiat belimbing madu untuk kesihatan tubuh badan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Terdapat banyak khasiat seperti vitamin, mineral dan zat yang penting di dalam belimbing madu baik kepada  tubuh manusia.

Khasiat Belimbing Madu

1. Sedang dalam mood diet

Khasiat seperti kandungan vitamin C, serat dan air pada belimbing madu mampu membuat seseorang itu rasa kenyang lebih lama dan ia mampu membantu program diet harian anda. Sebagai maklumat tambahan, selain belimbing madu ini, anda juga boleh amalkan makan buah almond dimana fungsi nya sama dengan belimbing madu.

2. Penjagaan kulit

Belimbing  madu ini mampu membantu menjaga kesihatan kulit dengan kerana ia terkandung dengan Vitamin A dan E. Vitamin E pada buah belimbing madu ini merupakan sumber vitamin yang dimana ia mampu menjaga kesihatan kulit wajah dan badan. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kebanyakan produk kecantikan wajah sering mengandungi vitamin E ini sebagai bahan utama.

3. Mengawal radikal bebas

Radikal bebas yang bersifat sangat reaktif ini mampu menyerang molekul di dalam tubuh seperti lipid, asam nukleat, dan protein sebagai target utama. Ini boleh menyebabkan kerosakan sel, protein, dan DNA, serta gangguan keseimbangan dalam tubuh seseorang.

4. Pencernaan

Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit disarankan mengambil buah belimbing madu sebagai alternatif mengatasi masalah sembelit ini. Dengan kandungan serat, tanin dan air yang tinggi dalam belimbing madu membantu dalam melancarkan proses pencernaan di dalam tubuh.

5. Penyakit barah

Buah belimbing madu yang mengandungi lavonoid dan antioksidan ini dapat membantu melindungi sel di dalam tubuh terhindar daripada penyakit barah. Ia mampu membantu fungsi enzim untuk bekerja secara optima di dalam tubuh kita.

6. Darah tinggi

Individu yang mengalami penyakit ini, boleh cuba mengamalkan buah ini dalam harian. Buah belimbing madu ini merupakan pemakanan yang sihat dalam mencegah penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi. Natrium rendah dan kalium yang tinggi di dalam buah ini telah menyebabkan buah ini menjadi salah satu ubat untuk anti hipertensi.

7. Baik untuk mata

Untuk mendapatkan mata yang sihat, pasitkan anda makan buah belimbing madu ini. Vitamin A yang terdapat pada buah belimbing madu unu dapat menjaga serta merawat mata kita dengan baik.

8. Mengawal kolestrol

Belimbing madu ini mampu mengawal kolestrol berlebihan pada tubuh kita. Ektin yang terdapat di dalam buah ini mampu mengikaat kolestrol dan asam empedu dalam usus serta membantu pengeluarannya sehingga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

9. Sistem imunisasi badan

Vitamin C yang tinggi di dalam belimbing madu ini sangat bermanfaat sebagai antioksidan. Ia juga mampu meningkatkan sistem imunisasi pada tubuh badan.

10. Sel darah merah

Kebiasaannya, bagi ibu yang hamil mungkin mengalami anemia(kurang tidur) yang serius. Buah belimbing madu ini mengandungi zat besi dimana ia mampu membantu dalam pembentukan hemoglobin dari sel darah merah. Hemoglobin ini berperanan dalam menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta janin.

Kseimpulannya, terdapat pelbagai khasiat belimbing madu ini dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Kita hanya perlu berusaha dan untuk pengetahuan buah ini boleh dijadikan jus untuk memudahkan kita serta menyelerakan kita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat