14 Tips Keselamatan Di Rumah Atau Semasa Tinggalkan Rumah Daripada Penjenayah


Mungkin ramai yang memandang remeh sekiranya terbaca Tips Keselamatan tidak kira semasa dirumah mahupun semasa meninggalkan rumah. Kita sering berfikir bahawa kita sering selamat bila tinggal dirumah. Namun ada yang kita terlupa bahawa penjenayah itu lebih pintar nberbanding dengan kita. Oleh yang demikian lah kita harus 10 kali lebih pintar dari mereka.

Kita wajib sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga semasa dirumah ataupun meninggalkan rumah sama ada balik ke kampung halaman, keluar ke pasaraya ataupun bercuti. Lnagkah-langkah keselamatan harus sentiasa dipraktikkan supaya kita sentias selamat.

Tips Keselamatan

Tips Keselamatan Di Rumah

1. Pastikan Telefon Sentiasa Aktif

  • Sebagai langkah persediaan awal, kita harus memastikan telefon kita sentias aktif dari segi bateri yang mencukupi mahupun baki kredit yang cukup.
  • Ini supaya ia dapat digunakan semasa berlakunya kecemasan.

2. Simpan Nombor-Nombor Penting

  • Nombor-nombor penting seperti jiran tetangga, pegawai polis kawasan, balai polis berdekatan, dan juga individu terdekat.
  • Simpankan nombor-nombor telefon berkenaan didalam telefon masing-masing ataupun tampalkan ditempat yang mudah untuk dilihat.
  • Ini dapat memastikan anda dapat menghubungi mereka sekiranya berlakunya kecemasan atau sesuatu yang tidak diingini.

3. Elakkan dari tinggal bersendirian dirumah. Sentiasa pastikan pintu dan tingkap dikunci rapat dan simpan dokumen-dokumen penting ditempat yang selamat dan sulit.

4. Perhatikan kawasan sekitar anda sebelum anda memasuki rumah. Kemungkinan anda sedang diperhatikan oleh penjenayah.

5. Jangan sesekali memberikan kunci kepada individu yang tidak dikenali ataupun tinggalkan didalam kereta semasa di cuci atau diservis. Elakkan juga memberi kunci kepada individu yang sedang menyelenggara rumah anda. Elakkan daripada membiarkan mereka melakukan kerja sendirian. Sentiasa perhatikan mereka.

6. Sesetengah penjenayah menggunakan ilmu hitam untuk melakukan jenayah. Sebaiknya jadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai pendiding diri.

7. Jangan sesekali kita membuka pintu rumah atau pagar kepada sesiapa sahaja yang tidak dikenali. Sekiranya ada individu yang datang untuk melakukan servis, periksa sama ada anda ada melakukan langgan servis atau tidak. Hal ini kerana terdapat segelintir yang menyamar sebagai agen servis untuk melakukan rompakan.

 

Tips Keselamatan Semasa Meninggalkan Rumah

1. Pastikan pintu dan tingkap dikunci sebaik mungkin supaya tidak mudah untuk diceroboh ataupun diumpil. Sekira ada tanda-tanda kunci rosak, tukarkan dengan segera dengan yang lebih selamat.

2. Anda juga boleh menggunakan alatan keselamatan tambahan seperti rantai ataupun padlock di pintu-pintu yang mudah untuk diumpil seperti pintu besi(grill) dan pintu pagar.

3. Selain itu, sebaiknya kita gunakan “auto-timer” lampu disekeliling rumah kita. Pastikan lampu akan bernyala sepanjang malam supaya dapat menerangi sekeliling rumah. Ini dapat memudahkan jiran-jiran melihat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

4. Maklumkan kepada jiran sekiranya kita tidak balik ke rumah dalam tempoh masa yang lama. Pastikan anda sediakan nombor telefon yang mudah untuk dihubungi semasa anda tiada dirumah.

5. Kita juga boleh memaklumkan kepada pegawai atau anggota yang bertugas dikawasan kita. Berikan maklumat seperti alamat rumah, tempoh anda tiada dirumah, nombor pendaftaran kenderaan yang ditinggalkan dan maklumat yang berkaitan.

6. Sekiranya teradpat surat yang dihantar, minta pertolongan jiran untuk menyimpannya. Sebolehnya hentikan langganan surat khabar sepanjang tempoh ketiadaan anda dirumah.

7. Pastikan juga tiada barang-barang kemas atau wang tunai dirumah anda semasa anda tiada dirumah. Anda juga boleh menyimpan barang-barang berharga ditempat yang selamat atau tersorok.

 

Keprihatinan anda menjamin keselamatan anda. Semoga beberapa tips yang kami kongsi dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat persediaan semasa dirumah mahupun semasa meninggalkan rumah.

Yang paling utama sentiasalah berdoa tidak kira semasa anda ingin keluar rumah mahupun masuk ke rumah ataupun juga semasa dirumah. Berdoalah agar sentias dilindungi dari perkara-perkara yang tidak diinginkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat